Pasukan penyelamat Taiwan sedang teliti laluan kembara 2 warga SG masih hilang susuli gempa

Dalam rakaman CCTV dari bas ulang-alik yang dikeluarkan pada pagi Ahad, pihak berkuasa menyatakan bahawa pasangan warga SG itu turun di Shakadang di Taman Negara Taroko Hualien pada sekitar 7.20 pagi pada Rabu, kira-kira 40 minit sebelum gempa berlaku. (Gambar: Unit Tindak Balas Kecemasan Taiwan)
Dalam rakaman CCTV dari bas ulang-alik yang dikeluarkan pada pagi Ahad, pihak berkuasa menyatakan bahawa pasangan itu turun di Shakadang di Taman Negara Taroko Hualien pada sekitar 7.20 pagi pada Rabu, kira-kira 40 minit sebelum gempa berlaku.
Rakaman berasingan yang disediakan pada Sabtu menunjukkan pasangan itu sedang beratur di stesen bas di Bandar Hualien pada kira-kira 6.30 pagi Rabu. Pihak berkuasa menyatakan bahawa ketika itu pemandu bas tidak ingat di mana pasangan itu turun.
Pasangan yang hilang itu telah dikenal pasti sebagai Sim Hwee Kok dan Neo Siew Choo, menurut kumpulan Facebook yang diberi nama Hualien Earthquake Relief Information.
Dua saudara perempuan kepada wanita itu tiba di Taiwan pada Ahad, manakala saudara perempuan kepada lelaki itu dijangka tiba di Taiwan pada Isnin.
Pasukan penyelamat yang meneliti laluan mendaki mereka berdasarkan rakaman CCTV bas sudah mengecilkan kawasan pencarian, menurut unit tindak balas kecemasan Taiwan pada Ahad.
Usaha mencari dan menyelamat terdiri daripada pasukan darat yang berbeza, termasuk unit dron dari Turki, tambahnya.
"Kami sedang mencari perimeter laluan itu", kata Komander operasi pencarian Lin Youchang.
Pasangan warga Singapura itu adalah antara sekurang-kurangnya 10 orang yang masih dilaporkan hilang selepas gempa bumi itu.
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan lebih 1,100 yang lain cedera.
Beratus-ratus masih terkandas di Taman Negara Taroko, yang terkenal dengan kawasan pergunungannya, sedang tanah runtuh menyekat terowong dan menjejas akses jalan raya.
Pasukan penyelamat cuba membawa orang ramai ke tempat selamat, walaupun usaha mereka dihambat oleh gempa susulan.
Hualien telah dilanda lebih 600 gempa susulan sejauh ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.