Pasukan PAP yakin hulur khidmat lebih baik kepada penduduk GRC Aljunied
Pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang akan bertanding di GRC Aljunied yakin bahawa ia akan dapat menawarkan khidmat yang lebih baik kepada para penduduk di tengah-tengah pandemik COVID-19 berbanding pasukan penjawat kini iaitu Parti Pekerja (WP).
SINGAPURA: Pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang akan bertanding di GRC Aljunied yakin bahawa ia akan dapat menawarkan khidmat yang lebih baik kepada para penduduk di tengah-tengah pandemik COVID-19 berbanding pasukan penjawat kini iaitu Parti Pekerja (WP).
Pasukan PAP, yang terdiri daripada Encik Victor Lye, Encik Shamsul Kamar, Encik Chua Eng Leong, Cik Chan Hui Yuh dan Encik Alex Yeo, berkata demikian kepada para wartawan setelah selesai melakukan lawatan bertemu penduduk di Bedok North pada pagi Rabu (1 Jul).
"Pada pilihan raya ini, kami ingin membawa penduduk Aljunied ke peringkat nasional. Kita tidak boleh diketepikan untuk tempoh lima tahun lagi. Ia adalah satu krisis dan kita perlu mencarta hala tuju yang sangat istimewa untuk Singapura maju ke hadapan,” kata Encik Lye.
Bagi Pilihan Raya Umum (GE) kali ini, pasukan PAP akan berdepan dengan para penyandang jawatan - ketua WP Pritam Singh, pengerusi parti Sylvia Lim dan naib pengerusi Faisal Manap - yang disertai oleh mantan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP)Leon Perera dan Encik Gerald Giam.
Encik Perera dan Encik Giam menggantikan anggota mapan WP, Encik Low Thia Khiang dan Encik Chen Show Mao, dengan kedua-duanya tidak bertanding dalam pilihan raya kali ini.
Apabila ditanya sama ada ketiadaan Encik Low dan Mr Chen akan mengubah strategi kempen PAP atau meningkatkan peluang PAP, Encik Lye berkata: "Jawapannya tidak, tidak sama sekali. Kami tidak pernah melihat siapa yang berada di pihak lawan. Kami hanya menumpukan perhatian kepada pada penduduk, setiap masa. "
Encik Lye, Encik Chua dan Encik Shamsul adalah sebahagian daripada pasukan PAP yang kalah tipis di tangan WP semasa GE2015. WP meraih kemenangan dengan 50.96 peratus undi.
WP pertama kali memenangi GRC Aljunied pada 2011 setelah menewaskan pasukan pimpinan mantan menteri Kabinet George Yeo. Pada tahun itu juga, PAP menyaksikan pungutan undinya bagi seluruh negara jatuh kepada 60.1 peratus.
Encik Chua bagaimanapun menegaskan bahawa pasukan PAP terus bekerja keras di peringkat akar umbi sejak 2011 dan tidak pernah meninggalkan para penduduk Aljunied sepanjang tempoh sembilan tahun lalu. Beliau turut merujuk kepada naik taraf prasarana di kawasan itu sebagai bukti.
Beliau menambah bahawa pasukan PAP giat bertugas sebagai "sukarelawan yang dilantik" dan ini menunjukkan "kesungguhannya".
"Kami berkhidmat sebagai sukarelawan, dan jika Parti Pekerja ingin mewakili sebagai sukarelawan, saya rasa anda tahu sentimen nasional -12 kerusi NCMP, dengan hak penuh mengundi," kata Encik Chua.
Mengulas tentang komen Encik Pritam bahawa pilihan raya kali ini mungkin lebih mencabar bagi parti-parti pembangkang, di tengah-tengah kemungkinan parti-parti pembangkang akan lenyap di Parlimen, Encik Lye berkata: “Aljunied sudah menjadi rebutan bagi tempoh yang sangat ama. Sudah sembilan tahun, para penduduk dapat melihatnya sendiri. Sudah tiba masanya mereka memberi peluang kepada pasukan kami."
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.