Pasukan PAP Tanjong Pagar sudah mula bekerja keras untuk berkhidmat kepada semua
Pasukan PAP di GRC Tanjong Pagar mengucapkan terima kasih kepada para sukarelawan dan penyokongnya menerusi wadah online dan semasa lawatan bertemu penduduk hari ini (11 Jul).

(Gambar: PAP)
SINGAPURA: Pasukan PAP di GRC Tanjong Pagar mengucapkan terima kasih kepada para sukarelawan dan penyokongnya menerusi wadah online dan semasa lawatan bertemu penduduk hari ini (11 Jul).
Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing, yang menerajui pasukan PAP itu, menyifatkan mereka sebagai 'tunjang' kempen parti tersebut.
Encik Chan menarik perhatian bahawa mereka sudah mengorbankan masa peribadi mereka bukan setakat untuk berkhidmat kepada parti itu sahaja, tetapi juga kepada para penduduk.
Encik Chan berkata pasukannya akan bekerja keras untuk berkhidmat kepada semua penduduk dan rakyat mulai hari ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.