Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pasukan NUS cipta pembalut luka bijak pertama di S'pura

Para pesakit yang menderita akibat luka kronik kini boleh mengurangkan lawatan ke hospital, dengan adanya pembalut bijak pertama di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 21 Oct 2021 06:34PM Dikemas Kini : 21 Oct 2021 09:04PM

SINGAPURA: Para pesakit yang menderita akibat luka kronik kini boleh mengurangkan lawatan ke hospital, dengan adanya pembalut bijak pertama di Singapura.

Para doktor akan dapat mendiagnosis pesakit-pesakit dari jauh sebaik sahaja pembalut bijak itu dilancarkan dalam masa beberapa tahun akan datang.

Pembalut luka itu mengandungi alat deria yang menyampaikan maklumat kepada para doktor melalui satu aplikasi.

Dengan menggunakan ujian 15 minit sahaja, para doktor dapat menentukan jika luka pesakit itu dijangkiti kuman atau radang.

Ia diharap dapat meningkatkan analisis perubatan kerana pemeriksaan visual pada masa ini tidak dapat menunjukkan jika luka itu sudah dijangkiti.

Para penyelidik juga meneroka cara menyesuaikan teknologi baru ini bagi merawat jenis luka yang lain seperti ulser kaki akibat kencing manis.

Setiap pembalut bijak iitu dianggarkan berharga kurang S$10.

Sumber : CNA/RB/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan