Pasukan Marine Parade komited jaga semua penduduk: Tan Chuan-Jin
Encik Tan Chuan-Jin yang mengetuai pasukan PAP bagi GRC Marine Parade berkata pasukannya komited untuk menjaga semua penduduk tidak kira apa pun undi mereka.

SINGAPURA: Encik Tan Chuan-Jin yang mengetuai pasukan PAP bagi GRC Marine Parade berkata pasukannya komited untuk menjaga semua penduduk tidak kira apa pun undi mereka.
Dalam satu catatan Facebook, Encik Tan menyifatkan pemilihan para pengundi sebagai "demokrasi menerusi tindakan".
Beliau memberi jaminan kepada semua penduduk bahawa pasukannya akan mengkaji semula maklum balas dan saranan-saranan yang diterima semasa bekempen.
Encik Tan juga berkata pasukannya akan kekal mendampingi penduduk untuk lima tahun akan datang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.