Pasukan lembaga perumahan dibentuk bantu keluarga yang mahu miliki flat
Sebuah pasukan lembaga perumahan akan dibentuk untuk memberi nasihat kepada keluarga-keluarga yang tinggal di rumah sewa yang mahu memiliki flat.
SINGAPURA: Sebuah pasukan lembaga perumahan akan dibentuk untuk memberi nasihat kepada keluarga-keluarga yang tinggal di rumah sewa yang mahu memiliki flat.
Setiausaha Parlimen Kanan Pembangunan Negara Sun Xue Ling mengumumkan demikian hari ini (5 Mac) sebagai sebahagian daripada rancangan untuk membantu meningkatkan keadaan hidup golongan keluarga berpendapatan rendah.
Ia termasuk rancangan untuk memperelok Skim Perumahan Permulaan Baru.
Skim tersebut membantu keluarga dengan anak-anak yang tinggal di rumah sewa memiliki flat dua bilik.
Sejak dilancarkan pada 2016 sebanyak 74 keluarga sudah menyertai skim tersebut yang memberi geran serta pinjaman konsesi.
Bagi membantu lebih ramai keluarga sedemikian, Pasukan Sokongan Pemilikan Rumah akan ditubuhkan lewat tahun ini.
Menurut Cik Sun, pasukan itu akan memberi bantuan khusus kepada para penyewa seperti pilihan flat yang sesuai dengan keperluan dan bajet serta proses pembelian flat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.