Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pasukan kajian NTU temui cara sembuhkan luka lebih pantas

Dalam masa lima hingga 10 tahun, proses penyembuhan luka mungkin akan menjadi lebih pantas. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Dec 2019 07:53PM Dikemas Kini : 23 Dec 2019 11:05PM

SINGAPURA: Dalam masa lima hingga 10 tahun, proses penyembuhan luka mungkin akan menjadi lebih pantas.

Ini termasuklah luka-luka kronik yang mengambil masa lebih lama untuk sembuh dan lebih berisiko terkena jangkitan.

Sebuah pasukan kajian dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) menemui cara untuk menghasilkan agen penyembuh luka dalam jumlah yang lebih banyak.

Hasilnya, luka sembuh 11 peratus lebih pantas dari biasa.

Pasukan tersebut juga mendapati agen penyembuh luka itu meningkatkan penghasilan pembuluh darah sehingga 60 peratus.

Penghasilan pembuluh darah penting dalam proses penyembuhan luka.

Apabila digunakan pada masa hadapan, penemuan ini dijangka memanfaatkan para pesakit dengan luka kronik seperti luka pesakit kencing manis serta mereka yang menghidap penyakit kardiovaskular. 

Sumber : CNA/NF/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan