Skip to main content

Singapura

Pasukan gabungan swasta, awam ditubuhkan untuk tingkatkan produktiviti alam bina

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Feb 2026 10:53PM Dikemas Kini : 03 Mar 2026 06:20PM
SINGAPURA: Satu pasukan baharu bagi alam bina kini ditubuhkan untuk meningkatkan produktiviti dalam sektor tersebut.

Ia diketuai oleh Menteri Pembangunan Negara dan dianggotai wakil-wakil dari sektor swasta dan awam.

Pasukan itu akan mengkaji dan membangunkan langkah-langkah untuk menjimatkan masa, kos dan tenaga kerja.

Ini sedang sektor binaan negara terus meningkat - didorong oleh pembangunan prasarana utama seperti Terminal 5 Lapangan Terbang Changi.

Menteri Pembangunan Negara Chee Hong Tat berkata: "Pasukan ini akan tumpukan kepada tiga bidang utama: Pertama, mempercepatkan transformasi perusahaan dengan meluaskan penggunaan teknologi produktif dan amalan progresif.

"Kedua, menyemak pendekatan pengawalseliaan bagi mengurangkan beban pematuhan, menyokong inovasi, serta meningkatkan amalan perolehan dan kontrak.

"Terakhir, menyokong ekosistem melalui langkah-langkah yang boleh meraih sinergi di peringkat sistem serta menangani cabaran seluruh industri."

Encik Chee berucap semasa perasmian sebuah hab binaan baharu Persatuan Kontraktor Singapura.

Beliau berkata dalam bulan-bulan akan datang, pasukan tersebut akan menghubungi pihak berkepentingan industri untuk mendengar pandangan dan maklum balas mereka.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita