Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pasukan elit SCDF selamatkan 2 mangsa terperangkap susuli nahas di Rochor

Empat mangsa dibawa ke hospital pada Sabtu (10 Jul) menyusuli kemalangan pada awal pagi membabitkan sebuah teksi dan kereta sedan di persimpangan antara Bukit Timah Road dengan Selegie Road.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan elit SCDF selamatkan 2 mangsa terperangkap susuli nahas di Rochor

Teksi terbaring di sisinya menghadap penghadang konkrit susuli satu kemalangan di Rochor. (Gambar-gambar: SCDF/Facebook)

Diterbitkan : 10 Jul 2021 02:48PM Dikemas Kini : 10 Jul 2021 02:52PM

SINGAPURA: Empat mangsa dibawa ke hospital pada Sabtu (10 Jul) menyusuli kemalangan pada awal pagi membabitkan sebuah teksi dan kereta sedan di persimpangan antara Bukit Timah Road dengan Selegie Road.

Pasukan Menyelamat dan Bantuan Bencana (DART) dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dikerahkan untuk melepaskan dua orang yang terperangkap di tempat duduk belakang teksi tersebut menggunakan perkakas hidraulik.

SCDF dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada 2.50 pagi dan setibanya di tempat kejadian, pasukan DART itu mendapati teksi berkenaan terbaring di sisinya menghadap penghadang konkrit.

"Dua orang ditemui terperangkap di tempat duduk belakang kenderaan berkenaan dengan seorang terhempap atas lagi seorang mangsa," menurut SCDF dalam catatan Facebooknya.

"Disebabkan kerumitan operasi menyelamat, para penyelamat dari Pasukan Menyelamat dan Bantuan Bencana SCDF dikerahkan ke tempat kejadian.

Sebelum pasukan DART tiba, para anggota bomba berusaha untuk menstabilkan teksi itu menggunakan kayu penyendah dan win untuk menyambung bahagian bawah kenderaan itu dengan kereta bomba.

"Ia dilakukan untuk mengurangkan pergerakan serpihan kemalangan itu sewaktu operasi menyelamat supaya tidak memburukkan lagi keadaan berbahaya itu, termasuk keadaan mereka yang terperangkap," menurut SCDF.

Cermin depan teksi itu juga dipotong untuk memberi akses kepada mangsa cedera dan bahagian bumbung kenderaan dibuka sewaktu operasi menyelamat itu.

Operasi menyelamat itu selesai dalam masa sekitar sejam dan kedua-dua mangsa dibawa ke hospital dengan "kecederaan traumatik".

Pemandu teksi dan pemandu kereta pula ditemui di luar kenderaan masing-masing apabila SCDF tiba di tempat kejadian dan mereka juga dibawa ke hospital sewaktu operasi menyelamat dijalankan.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan