Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pasukan bomba, DART selamatkan pekerja cedera di kren menara

Seorang lelaki yang mengalami kecederaan sehingga tidak berupaya turun dari sebuah kren menara diselamatkan oleh pasukan bomba dan para anggota skuad penyelamat elit pada Jumaat (12 Nov) malam.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan bomba, DART selamatkan pekerja cedera di kren menara

Pasukan bomba SCDF dan pakar DART menyelamatkan seorang pekerja cedera yang terkandas atas kren setinggi 70 meter. (Gambar: SCDF)

Diterbitkan : 13 Nov 2021 04:14PM Dikemas Kini : 13 Nov 2021 04:17PM

SINGAPURA: Seorang lelaki yang mengalami kecederaan sehingga tidak berupaya turun dari sebuah kren menara diselamatkan oleh pasukan bomba dan para anggota skuad penyelamat elit pada Jumaat (12 Nov) malam.

Pasukan bomba dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan Pakar Pasukan Menyelamat dan Bantuan Bencana (DART) dikerahkan ke tapak binaan di Beach Road sekitar 8.45 malam, menurut SCDF dalam catatan Facebooknya pada Sabtu (13 Nov).

Pada mulanya, dua anggota pasukan bomba memanjat tangga samping untuk sampai ke lelaki cedera yang terbaring di sebuah platform. Kedua-dua anggota bomba itu menilai lelaki tersebut mungkin patah kaki lalu membalut dan mengepitkan bahagian kaki yang cedera itu sebagai persiapan untuk melakukan operasi menyelamat dari tempat tinggi.

Dua pakar DART kemudian memanjat kren setinggi 70 meter itu, menurut catatan tersebut. Kedua-duanya memasang sistem untuk membawa turun lelaki berkenaan menggunakan tali dan kapi sementara para anggota DART yang lain membuat persiapan untuk menurunkan lelaki itu.

Mangsa dibawa turun menggunakan Power Ascender iaitu peranti mudah alih yang membolehkan penyelamat naik dan turun bersama individu yang cedera.

Selepas selamat diturunkan, pasukan ambulans SCDF membuat penilaian di lokasi sebelum membawa lelaki itu ke Hospital Besar Singapura (SGH). 

Sumber : CNA/SM/sm

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa