Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pasukan Bertindak Tangkis Perisian Hasad beri pelbagai saranan

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan Bertindak Tangkis Perisian Hasad beri pelbagai saranan

Seorang pakar IT menunjukkan skrin komputer yang terjejas oleh ransomware. (Gambar: AFP/Damien Meyer)

SINGAPURA: Pasukan Bertindak Menangkis Perisian Hasad atau 'ransomware' Singapura menggesa pertubuhan-pertubuhan di sini supaya mendapatkan perlindungan insurans siber.

Ia turut menggesa pemerintah agar mewajibkan syarikat-syarikat melaporkan bayaran tebusan yang dibuat.

Ia merupakan antara saranan pasukan bertindak itu untuk mengekang masalah perisian hasad dengan berkesan.

Bagi mengurangkan keuntungan yang diraih para penyerang siber, pasukan bertindak tersebut tidak menggalakkan pembayaran wang tebusan.

Ia turut menyarankan kewajipan melaporkan sebarang pembayaran bagi memudahkan pihak berkuasa mengesan aliran wang haram dan mendapatkan semula bayaran itu.

Jawatankuasa itu turut menggalakkan perlindungan insurans siber sebagai satu amalan pengurusan risiko.

Meskipun wang tebusan mungkin tidak dapat dilindungi insurans, terdapat kos lain akibat serangan siber yang boleh dilindungi insurans serta meringankan beban yang ditanggung.

Satu lagi saranan adalah bekerjasama dengan agensi-agensi luar negara, bagi menilai kesan perlindungan insurans bagi bayaran tebusan.

Agensi-agensi pemerintah dan pihak swasta antara yang digalak mengamalkan langkah pengurangan risiko.

Ini termasuk melabur dalam sistem sandaran berbentuk offline, serta pelan pemulihan aset penting.
Sumber : CNA/AZ/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan