Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pasukan Bertindak Pekerjaan ditubuhkan untuk kembangkan bakat tempatan dalam sektor utama: Tan See Leng

Singapura membentuk sebuah pasukan bertindak bagi pekerjaan untuk menyelaraskan usaha meningkatkan bakat tempatan dalam sektor-sektor penting serta memastikan teras tenaga kerja Singapura yang teguh.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Sep 2021 07:06PM Dikemas Kini : 02 Sep 2021 10:18PM

SINGAPURA: Singapura membentuk sebuah pasukan bertindak bagi pekerjaan untuk menyelaraskan usaha meningkatkan bakat tempatan dalam sektor-sektor penting serta memastikan teras tenaga kerja Singapura yang teguh.

Rancangan juga sedang dijalankan untuk menjadikan dasar-dasar dan proses CPF lebih mudah.

Inilah antara keutamaan Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng sedang Singapura beralih ke fasa pemulihan.

Perkilangan, khidmat kewangan dan logistik adalah antara sektor penting yang akan ditinjau pasukan bertindak baru itu.

Ia akan menyelaras dengan teliti usaha untuk membangunkan tenaga kerja sektor-sektor berkenaan.

"Bagaimana kita meluaskan sedang sektor-sektor itu berubah, dan terus kekal relevan dan tidak ketinggalan.

"Kemudian bagaimana untuk membantu firma-firma menyesuaikan diri, khususnya hak SME menggalakkan dasar modal insan progresif, amalan pemikiran dan juga bagaimana untuk melaksanakannya sewajarnya.

"Jadi inilah jenis-jenis perincian yang akan diteliti pasukan bertindak pekerjaan, kata Dr Tan.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) juga akan mempergiatkan usaha membantu pekerja bergaji rendah dan golongan kurang upaya melalui pampasan adil dan hak lebih baik di tempat kerja.

Pekerja matang yang lebih terjejas dek COVID-19 juga bakal mendapat sokongan kerjaya yang lebih baik.

Antara inisiatif yang sedang dijalankan termasuk menaikkan usia persaraan dan meluaskan program latihan SkillsFuture.

Dr Tan juga berkata beliau akan memudahkan dasar dan proses CPF bagi semua.

Pekerja hijrahan yang tinggal di dormitori lebih setahun juga tidak dilupakan kerana MOM merancang untuk membolehkan mereka kembali ke dalam masyarakat tidak lama lagi.

Dr Tan akan menganjurkan satu siri dialog pada lewat tahun ini yang bertujuan untuk mendampingi pemohon kerja berusia muda dan tua.

Antaranya adalah untuk mengetahui apa lagi yang boleh dilakukan bagi memenuhi keperluan pekerja dan perniagaan. 

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan