Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pasukan Bertindak Nakhoda dibentuk, galak bapa main peranan lebih aktif dalam pembangunan anak

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sebuah pasukan bertindak baru ditubuhkan bagi membangunkan strategi-strategi bagi menggalakkan kaum bapa agar memainkan peranan lebih aktif dalam pembangunan anak mereka.

Diberi nama Pasukan Bertindak Nakhoda bagi Kebapaan, pasukan bertindak itu dianggotai pemimpin dan pakar masyarakat Melayu/Islam setempat.

Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara, Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim mengumumkan demikian di Facebook beliau pada Isnin (21 Feb).

Menurut Dr Faishal penubuhan pasukan tersebut penting sedang masyarakat berdepan dengan cabaran kebapaan dan keibubapaan yang baru.

Cabaran-cabaran tersebut didedahkan dalam satu projek penyelidikan yang dijalankan bersama Institut Pengajian Dasar (IPS) dengan AMP Singapura, Pusat Kebapaan, Perkhidmatan Jagaan Masyarakat Lutheran dan Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS).

Dr Faishal menekankan kajian itu mendapati kanak-kanak yang membesar dengan ibu bapa yang aktif dalam pembangunan anak mereka, menunjukkan keyakinan serta sifat keihsanan dalam diri mereka.

"Kami berharap dapat melibatkan kaum bapa sebagai nakhoda keluarga dan dengan gandingan kuat pasangan mereka, dapat membantu membangunkan strategi untuk mengemudi landskap kebapaan modern," ujar Dr Faishal.

"Bapa yang memainkan peranan aktif dalam membina hubungan bermakna bersama anak-anak mereka,akhirnya nanti, merintis jalan ke arah membangunkan sebuah keluarga yang teguh."

Sumber : BERITA Mediacorp/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan