Pasukan Bertindak Kesihatan Awam usul panduan bagi individu dapatkan khidmat bantuan
Satu panduan sedang disemak bagi memudahkan mereka yang ingin bantuan untuk mendapatkan khidmat kesihatan mental.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Satu panduan sedang disemak bagi memudahkan mereka yang ingin bantuan untuk mendapatkan khidmat kesihatan mental.
Itulah antara perbincangan utama semasa satu sesi rundingan awam oleh Pasukan Bertindak Silang Agensi bagi Kesihatan dan Kesejahteraan Mental.
Panduan itu membezakan keperluan kesihatan mental kepada empat kategori.
Bagi kebanyakan kes serius, jagaan spesialis pakar psikiatri serta psikologi dari Institut Kesihatan Mental (IMH) dan hospital disarankan.
Sebaliknya bagi kes tidak begitu serius, mereka boleh mendapatkan panduan kendiri serta sokongan rakan.
Sistem itu akan menyenaraikan siapa dan di mana individu-individu tersebut boleh mendapatkan bantuan khusus.
Namun, cara pelaksanaan sistem itu masih dibincangkan.
"Kami harap untuk mengurangkan kemungkinan mereka mengalami keadaan kesihatan mental yang semakin teruk. Namun, jika keadaan mereka semakin teruk, mereka akan mendapat bantuan lebih awal dan dirujuk ke tempat yang betul dengan lebih pantas. Jadi kami lihat ia sebagai isu utama dalam beberapa saranan kami," kata Menterti Negara Kanan, Dr Janil Putucheary.
Beliau memberikan kemas kini itu di luar sesi pendampingan dengan pelbagai agensi khidmat sosial pada Isnin (25 Jul).
Sesi rundingan awam bakal berakhir bulan depan dengan lebih 800 individu sudah terlibat.
Dr Puthucheary menambah idea-idea yang dicadangkan boleh merapatkan jurang dalam khidmat sedia ada.

Sumber : CNA/RU/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.