Skip to main content

Singapura

Pasukan Bertindak Belia Melayu/Islam dilancarkan, 13 pemimpin belia dilantik sebagai penasihat

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 11 Oct 2025 11:06PM Dikemas Kini : 24 Oct 2025 02:28PM

SINGAPURA: Seramai 13 pemimpin belia dilantik sebagai Penasihat Belia dalam Pasukan Bertindak Pembangunan Belia Melayu/Islam yang dilancarkan pada Sabtu (11 Okt) di acara Piala Suara Serumpun 2025.

Ia sebahagian daripada usaha untuk memacu pembangunan dan pendekatan belia Singapura dalam masyarakat.

Pasukan bertindak itu akan diketuai oleh Menteri Negara Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) merangkap Kesihatan, Rahayu Mahzam dan Setiausaha Parlimen Kanan bagi Pembangunan Negara merangkap Pendidikan, Dr Syed Harun Alhabsyi.

Pasukan bertindak itu juga akan disokong oleh PA MESRA, MUIS, MENDAKI dan Majlis Belia Kebangsaan (NYC).

Related article image
Pasukan Petugas Pembangunan Belia Melayu/Islam akan diketuai oleh Menteri Negara Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) merangkap Kesihatan, Rahayu Mahzam dan Setiausaha Parlimen Kanan bagi Pembangunan Negara merangkap Pendidikan, Dr Syed Harun Alhabsyi. (Gambar: BERITA Mediacorp/Fatyn Afiqah)

"Usaha mendekati dan menyokong belia bukan usaha baru dan ramai badan-badan Melayu/Islam telah menjalankan banyak program yang amat bermakna bagi golongan anak muda dalam masyarakat kita. Usaha ini harus terus dipertingkatkan,
terutama sekali dalam keadaan dunia yang semakin mencabar.

"Konsultan Belia ini mewakili anak-anak muda kita dan membawa perspektif segar kepada usaha pembangunan belia. Mereka akan membantu kami menentukan aspek-aspek yang
memerlukan peningkatan melalui sesi dialog dan aktiviti bersama. Sesi-sesi ini akan mengumpul suara dan pandangan para belia, dan kami berharap dengan wawasan mereka, kami dapat menambah baik inisiatif-inisiatif sedia ada dan menjadikannya lebih berkesan," kata Cik Rahayu.

Pasukan Bertindak itu yang dianggotai 13 Penasihat Belia merupakan pemimpin belia dari pelbagai bidang termasuk keusahawanan, sukan, media digital, sektor agama dan khidmat sosial.

Mereka bakal meneroka cara-cara strategik untuk merapatkan jurang dalam penyertaan belia bagi program peringkat nasional serta memperluas peluang yang bermakna untuk melibatkan belia dalam masyarakat.

Dalam tempoh setahun akan datang Pasukan Bertindak Belia MM akan memberi tumpuan kepada tiga strategi utama:

1. Inisiatif Pembangunan Kerjaya: Mengenal pasti peluang pembangunan kerjaya untuk membantu belia MM mengharungi cabaran dan memanfaatkan sektor-sektor membangun seperti sektor Kecerdasan Buatan (AI), memastikan mereka dilengkapi dengan kemahiran penting untuk terus maju dalam ekonomi Singapura yang berkembang.

2. Jati Diri dan Nilai (Seni, Budaya & Sukan):
Meneroka ruang untuk ekspresi budaya menerusi seni, budaya, agama dan sukan, bagi memperkukuh nilai-nilai mereka serta memupuk hubungan masyarakat yang lebih mendalam.

3. Keterhubungan dengan Program Nasional: Membina laluan bagi belia MM untuk mengambil bahagian dengan lebih berkesan dalam program nasional dan mendekati rakan-rakan daripada masyarakat lain, untuk menggalak perpaduan sosial yang lebih kukuh di seluruh Singapura.

LIBATKAN DIRI DALAM PERBINCANGAN BERSAMA BELIA

Bagi menyokong keutamaan-keutamaan ini, para Penasihat Belia akan melibatkan diri dalam perbincangan bersama golongan belia yang menyeluruh untuk meraih maklum balas, memahami peluang dan cabaran semasa dan mendapat pandangan yang berbeza daripada belia Melayu/Islam.

Ini selain mencadangkan huraian-huraian dan idea serta inisiatif yang boleh dilaksanakan bagi menyokong belia Melayu/Islam.

Pasukan bertindak itu juga akan membangunkan aliran kerja dan melakarkan inisiatif khusus, dengan sokongan 'Resource Persons' atau 'Individu Rujukan' iaitu tokoh berpengaruh Melayu/Islam, yang akan memberikan panduan dan membantu pelaksanaan inisiatif itu melalui badan masing-masing.

Related article image
Menteri Negara Rahayu Mahzam dan Setiausaha Parlimen Kanan Dr Syed Harun Alhabsyi bersama Penasihat Belia. (Gambar: Facebook/MESRA)

Berikut senarai 13 Penasihat Belia yang dilantik dalam Pasukan Bertindak Pembangunan Belia Melayu/Islam:

1. Ahmad Syafiq Moklas – Pengerusi, Serumpun DKSG
2. Dr Ashraf Yusoff – Ahli, Project ARIF
3. Zahil Zakaria – Imam
4. Jihad Suhaimi – Pengasas, MEMBINA Community
5. Yulianna Frederika – Pengasas, Lepak Conversations
6. Luqmaan Hakiim – Pengasas Bersama, The SGFR Store
7.Safiah Noorhilmi – Pengarah Bersama, FiTree
8. Hafiz Salleh – Pengasas, SkateSG
9. Farhanna Farid – Atlet Angkat Berat
10. Shareefa Aminah Abdul Shariff (Shazza) – Penyanyi & Penulis Lagu
11. Koocester – Pengasas, Koocester Group
12. Adlynna Aziz - Penganalisis, Perkhidmatan Pemegang Amanah dan Fidusiari, HSBC
13. Abdul Hady Zaydie - Calon Doktor Falsafah dalam Kecerdasan Buatan, SIT

Sumber : BERITA Mediacorp/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita