Skip to main content

Singapura

Pasukan bertindak baru hulur bantuan pekerjaan kepada penduduk Bukit Panjang

Para penduduk Bukit Panjang kini boleh mendapatkan sokongan pekerjaan menerusi saluran baru dalam keadaan ekonomi yang merudum akibat pandemik COVID-19. 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 18 Aug 2020 08:47PM Dikemas Kini : 18 Aug 2020 08:56PM

SINGAPURA: Para penduduk Bukit Panjang kini boleh mendapatkan sokongan pekerjaan menerusi saluran baru dalam keadaan ekonomi yang merudum akibat pandemik COVID-19.

Sebuah pasukan bertindak di peringkat estet perumahan ditubuhkan dan ia menyediakan bantuan kebajikan bagi para pencari kerja selain proses pemadanan pekerjaan.

Penubuhan pasukan bertindak itu diumumkan oleh Anggota Parlimen SMC Bukit Panjang Liang Eng Hwa.

Bercakap di pameran pekerjaan di Kelab Masyarakat Bukit Panjang hari ini (18 Ogos), Encik Liang berkata para anggota pasukan bertindak itu merangkumi sukarelawan dalam rangkaian akar umbi serta pertubuhan-pertubuhan kebajikan masyarakat di Bukit Panjang.

Ia juga akan membantu para penduduk di daerah Cashew dan Zhenghua yang berada dalam kawasan undi GRC Holland-Bukit Timah.

Encik Liang berkata pengangguran meningkatkan tekanan kepada para pencari kerja dan keluarga mereka.

Beliau berkata bantuan yang perlu diberi tidak harus terbatas kepada menyediakan peluang pekerjaan tetapi perlu juga memberi sokongan menyeluruh kepada mereka yang berkenaan. 

Sumber : CNA/UR/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita