Pasukan bertindak baharu dibentuk bagi rangsang perniagaan dengan RTS
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebuah pasukan bertindak baharu sudah dibentuk
bagi memacu usaha memanfaatkan laluan RTS Johor Bahru-Singapura yang bakal siap.
Pasukan bertindak itu akan memberi tumpuan kepada usaha menyegarkan semula perniagaan-perniagaan di kejiranan dan memanfaaatkan keterhubungan yang dipertingkatkan.
Matlamatnya adalah untuk merebut peluang-peluang baharu untuk para penduduk dan para peniaga.
Saranan-saranan strategik boleh dijangkakan menjelang 2026.
Pasukan bertindak itu akan dipengerusikan oleh Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan Alvin Tan dan terdiri daripada para anggota kementerian dan agensi-agensi utama.
Dengan laluan RTS dijadual beroperasi menjelang lewat 2026, pasukan bertindak itu akan mendampingi pihak-pihak berkepentingan tempatan bagi memanfaatkan potensi
perjalanan lebih pantas dan lancar antara Singapura dengan Johor Bahru.
Mengulas lanjut, Menteri Kesihatan, yang merupakan AP GRC Sembawang, Ong Ye Kung berkata: "Banyak peluang yang perlu diusahakan, tetapi apabila anda membuka laluan antara dua wilayah, akan ada pihak yang juga terjejas secara negatif.
"Maka itu, kami perlu mencari cara untuk membantu mengurangkan kesan tersebut dan sebaliknya memanfaatkan peluang-peluang itu," tambahnya.
Di acara yang sama, satu inisiatif baharu turut dilancarkan yang bertujuan mengurangkan kos sara hidup sambil menyokong perniagaan-perniagaan di kejiranan.
Para penduduk Woodlands boleh meraih manfaat harga barangan
seperti minyak masak, beras, telur dan hidangan panas pada S$1 sahaja.
Program itu, yang dijalankan dari bulan ini hingga Ogos depan, akan menawarkan 5,000 barangan dengan harga diskaun setiap bulan.
"Sejauh ini, 15 peruncit kejiranan termasuk beberapa syarikat besar seperti pasar raya Prime, menaja 2,000 barang setiap bulan," kata AP GRC Sembawang, Mariam Jaafar.
"Pada mulanya, kami mahu menjalankan inisiatif ini sehingga Ogos tetapi saya fikir, dengan tahap sokongan yang kami terima daripada para peruncit, saya fikir ia boleh dijalankan sehingga Disember," jelasnya.

Sumber : CNA/AI/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.