Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pasukan 4G yakin Lawrence Wong 'calon tepat pimpin S'pura', kata Masagos Zulkifli

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan 4G yakin Lawrence Wong 'calon tepat pimpin S'pura', kata Masagos Zulkifli

Gambar: Facebook/Masagos Zulkifli

Diterbitkan : 15 Apr 2022 03:18PM Dikemas Kini : 18 Apr 2022 02:54PM

SINGAPURA: Pasukan 4G yakin Menteri Kewangan Lawrence Wong adalah "calon yang tepat untuk memimpin Singapura" seterusnya dan "sebulat suara" menyokong beliau sebagai ketua.

Pemilihan Lawrence Wong sebagai pemimpin pasukan 4G juga suatu yang dijangka, menurut Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Masagos Zulkifli menerusi catatan Facebooknya hari ini (15 Apr).

"Saya sudah mengenali Lawrence lebih 10 tahun. Selama kami berkhidmat bersama dalam Kabinet dan dalam Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi COVID-19, ciri-ciri kepimpinannya menyerlah," menurut Encik Masagos.

Menyifatkan Encik Wong sepanjang menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Bersama MTF, Encik Masagos berkata beliau prihatin tentang perkembangan pandemik dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam dan penyesuaian drastik yang perlu dilakukan misalnya penutupan masjid-masjid.

"Beliau cepat bergegas menyahut permintaan supaya hadir bersama saya di Auditorium Muis ketika harus menerangkan kepada para pemimpin masjid dan masyarakat kenapa kita terpaksa menutup masjid demi mengekang penularan Covid-19 pada tahap awal pada tahun 2020.

"Beliau sama prihatin ia menjejas sambutan Ramadan dan Hari Raya kita. Begitu juga dengan penangguhan ibadah Haji," tambah Encik Masagos.
 

Encik Masagos berkata beliau dapat melihat "keikhlasannya (Lawrence Wong) dalam berkhidmat untuk rakyat Singapura termasuk masyarakat Melayu/Islam".

Encik Lawrence juga, kata Encik Masagos, mampu membuat keputusan-keputusan yang sukar tetapi dengan pendekatan yang terbaik bagi Singapura dalam detik-detik yang mencabar.

"Saya yakin masyarakat kita dan Singapura akan terus berkembang maju di bawah kepimpinannya kelak," kata Encik Masagos.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan