Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pastikan ada 'kemahiran relevan' sedang ekonomi berubah, kata Amrin

Kesediaan Kewangan dan Ekonomi, Kesediaan Kesihatan serta Kemaslahatan Keluarga dan Masyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:
Pastikan ada 'kemahiran relevan' sedang ekonomi berubah, kata Amrin

Encik Amrin Amin, Encik Khaw Boon Wan dan Dr Lim Wee Kiak di Kelab Masyarakat Woodlands Galaxy hari ini (21 Jul).

SINGAPURA: Kesediaan Kewangan dan Ekonomi, Kesediaan Kesihatan serta Kemaslahatan Keluarga dan Masyarakat.

Inilah tiga 'K' yang menjadi bidang tumpuan M³@Woodlands, yang bertujuan memperkasakan para penduduk di sana.

M³@Woodlands bertujuan memperkasakan para penduduk menerusi tiga bidang tumpuan.

Khususnya, Kesediaan Kewangan dan Ekonomi bertujuan membantu masyarakat menghadapi keadaan ekonomi tidak menentu.

Ia juga memastikan masyarakat kekal relevan dan tidak ketinggalan dalam dunia yang pesat berubah.

AMBIL TINDAKAN PERKASA DIRI DENGAN KEMAHIRAN

Setiausaha Parlimen Kanan Kesihatan merangkap Ehwal Dalam Negeri Amrin Amin menarik perhatian bahawa penduduk boleh mengambil tindakan peribadi untuk memperkasa diri dengan menjaga kewangan dan bijak berbelanja.

"Kita adakan kesediaan seperti membuat perancangan-perancangan tentang menabung dan juga skim-skim insurans dan sebagainya.

Pelancaran M³@Woodlands pada 21 Jul. (Gambar: Ira Musfirah/BERITAmediacorp)

"Pastikan kita ada kemahiran yang relevan supaya jika ekonomi itu berubah, kita tetap dikehendaki oleh para majikan," jelas beliau.

Encik Amrin berkata demikian di Kelab Masyarakat Woodlands Galaxy hari ini semasa melancarkan M³@Woodlands, bersama para penasihat GRC Sembawang, Encik Khaw Boon Wan, Dr Lim Wee Kiak dan Encik Vikram Nair.

23 ANGGOTA PASUKAN BAGI M³@WOODLANDS

Seramai 23 anggota pasukan M³@Woodlands juga akan bekerjasama dengan MESRA, MUIS, MENDAKI, Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) dan rangkaian akar umbi, di bawah pimpinan Ketua Pegawai Perubatan di Jabatan Penjara Singapura, Dr Noorul Fatha As'art.

Pasukan tersebut bakal mendampingi penduduk di pelbagai peringkat kehidupan untuk memenuhi keperluan mereka.

Dr Noorul Fatha berkata: "Antara inisiatif-inisiatif yang kami ingin lancarkan adalah bekerja dengan PA MESRA, MENDAKI dan MUIS dengan rancangan-rancangan untuk masyarakat di Woodlands termasuk KelasMateMatika, kelas Bijak Belanja dan juga antara inisiatif baru yang kita harap dapat lancarkan adalah kelab membaca untuk ibu bapa dan kanak-kanak."

M³@Woodlands juga akan bekerjasama dengan ibu bapa muda bagi membantu mereka membina kemahiran keibubapaan untuk meningkatkan keyakinan memimpin keluarga.

Ini dilakukan dengan menghimpunkan lebih ramai relawan Melayu/Islam bagi memenuhi keperluan masyarakat dengan lebih baik.

M³@Woodlands adalah inisiatif kelapan M³@Bandar yang dilancarkan, sekali gus menjadikannya M³@Bandar terakhir dirasmikan. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan