Skip to main content

Singapura

Pasaran jualan semula HDB manfaat 'sedikit' dari langkah penyejukan, kata pakar

Menurut para penganalisis yang ditemui Mediacorp, permintaan flat jualan semula HDB secara keseluruhan tidak mungkin meninggalkan kesan ketara terhadap pasaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasaran jualan semula HDB manfaat 'sedikit' dari langkah penyejukan, kata pakar

Gambar: Hester Tan

Diterbitkan : 10 Jul 2018 09:34AM Dikemas Kini : 10 Jul 2018 09:38AM

SINGAPURA: Pasaran flat jualan semula HDB mungkin akan menyaksikan sedikit peningkatan minat di kalangan pembeli yang mendapatinya sukar untuk membeli hartanah privet selepas langkah-langkah menyejukkan pasaran dikuatkuasakan minggu lalu. Namun, menurut para penganalisis yang ditemui Mediacorp, permintaan secara keseluruhan tidak mungkin meninggalkan kesan ketara terhadap pasaran.

Dalam satu pengumuman mengejut pada 5 Julai, Pemerintah menaikkan Cukai Setem Pembeli Tambahan (ABSD) dan mengetatkan had Pinjaman Kepada Nilai Hartanah (LTV).

Langkah tersebut menyusuli data rasmi yang menunjukkan harga rumah privet melonjak 9.1 peratus dalam tempoh April hingga Jun berbanding tempoh yang sama tahun lalu, dengan para penganalisis menjangkakan harga mungkin memuncak ke paras yang dicatatkan pada tahun 2013.

Sebilangan penganalisis menyifatkan langkah tersebut sebagai terlalu keras, memandangkan pasaran baru sahaja pada "peringkat awal pemulihan"

Gambar fail TODAY.

Langkah baru berkenaan tidak menjejas cukai setem bagi warga Singapura dan penduduk tetap yang membeli rumah pertama mahupun pinjaman HDB.

"Dari segi bilangan, saya anggarkan (permintaannya) beberapa ratus (unit) setahun," kata CEO International Property Advisor, Ku Swee Yong.

"Ia hanya bermanfaat untuk mereka yang berhasrat menaiktaraf daripada rumah HDB ke hartanah privet, namun akibat langkah terbaru dan jangkaan lebih negatif, mereka sebaliknya memutuskan untuk naik taraf ke flat HDB," tambah beliau.

Pengarah eksekutif ZACD Group Nicholas Mak pula menarik perhatian bahawa, tidak kira sama ada langkah tersebut dilaksanakan, kebanyakan pembeli rumah pertama umumnya membeli flat HDB atas sebab kemampuan.

Maka itu beliau percaya pasaran jualan semula flat HDB akan kekal "seperti sediakala".

Memandang ke depan, sesetengah penganalisis berkata harga rumah akan menjadi pertimbangan utama bagi pembeli.

"Suku kedua dan ketiga adalah suku-suku yang baik," ujar Chris Koh, pengarah firma hartanah Chris Koh International.

"Jadi jika suku kedua dapat menunjukkan kestabilan, ia akan menarik lebih ramai pembeli kembali ke pasaran. Ramai ingin melihat harga merosot lagi, namun apabila mereka dapati harga tidak lagi merosot, mereka akan kembali ke pasaran."

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita