Pasaran hartanah SG dijangka semakin mantap pada tahun depan, kata Desmond Lee
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: CNA/Jeremy Long
SINGAPURA: Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee menjangkakan pasaran hartanah Singapura akan semakin mantap pada tahun akan datang.
Beliau menyifatkan kejatuhan harga flat jualan semula dan rumah privet tahun lalu sebagai petanda baik bahawa usaha-usaha pemerintah untuk meredakan pasaran hartanah sudah membuahkan hasil.
Berucap di satu majlis jamuan malam Tahun Baharu Cina, Encik Lee turut berkongsi lebih lanjut tentang Cukai Setem Pembeli Tambahan (ABSD) yang diumumkan dalam Kenyataan Belanjawan 2024 pada Jumaat (16 Feb) lalu.
Menurut Encik Lee, kadar cukai tersebut yang lebih rendah bertujuan untuk membantu para pemaju hartanah menjual rumah-rumah yang dibina.

Ia juga bagi membantu warga emas bujang yang mencari rumah lebih sesuai.
Sumber : Agensi berita/MU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.