Skip to main content

Singapura

Pasaran hartanah Johor masih rancak, tetapi pembeli SG hadapi kesukaran buat pelaburan tepat

Anggaran Waktu Membaca:
Pasaran hartanah Johor masih rancak, tetapi pembeli SG hadapi kesukaran buat pelaburan tepat

Gambar: Nurjannah Suhaimi/TODAY

SINGAPURA: Menetap di kondominium tiga biliknya yang baru dibeli di Johor Bahru, Kylie Hung, 27 tahun, sekali gus dapat menjadi seorang pemilik rumah yang merupakan seorang bujang sebelum mencecah 30 tahun - sesuatu yang tidak dapat dilakukannya di Singapura.

Namun, hartanah privet di Singapura tidak dimampuinya, dan beliau juga tidak boleh membeli sebuah flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) disebabkan usia kelayakan minimum bagi bujang iaitu 35 tahun.

Cik Hung mengambil pinjaman bank untuk membiayai tempat tinggalnya seluas 1,237 kaki persegi, yang berharga sekitar RM700,000 (S$200,000). Beliau kini membayar kira-kira RM3,500 (S$1,000) sebulan untuk yuran gadai janji dan penyenggaraan.
Related article image
Cik Kylie Hung. (Gambar: Lim Li Ting/TODAY)

Meskipun beliau gembira dengan pembeliannya itu, beliau akur bahawa keputusan untuk berpindah dari Singapura boleh dibuatnya disebabkan fleksibiliti pekerjaannya, yang mungkin tidak ditawarkan kepada semua orang.

Pun begitu, membeli hartanah di Johor digembar-gemburkan dalam kalangan rakyat Singapura kira-kira sedekad yang lalu, ketika Iskandar Malaysia, koridor ekonomi selatan utama di Johor, dibuka untuk perniagaan.

Tarikan bagi rakyat Singapura secara umumnya serupa dengan bagi Cik Hung: Keupayaan untuk memiliki sesebuah rumah dan tinggal di sebuah rumah mewah pada harga yang lebih rendah dengan apa yang setara di Singapura.


Dari situ, Mediacorp mendapati, selain mereka yang berpuas hati mengambil langkah berani itu, ada juga yang menyesal.

Eric Sim, yang membeli dua unit empat bilik seluas 2,400 kaki persegi setiap satu berhampiran JB Sentral pada 2014, berkata pelaburan itu telah membuatnya tawar hati sehingga hari ini.

Related article image
Encik Eric Sim. (Gambar: Lim Li Ting/TODAY)
Setiap unit empat bilik dan enam bilik mandi dibiayai dengan pinjaman bank selepas bayaran pendahuluan 10 peratus.

Sekalipun prospek kelihatan baik ketika itu, dipacu oleh pembangunan ekonomi dan projek infrastruktur mega seperti kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), ia kemudiannya kelihatan suram.

Sungguhpun demikian, minat terhadap rumah di Johor kekal tinggi dalam kalangan rakyat Singapura. Pada bulan Januari,misalnya, terdapat beberapa ura-ura mengenai hartanah berhampiran Bukit Chagar - di mana stesen Laluan Sistem Gerak Cepat (RTS) Johor Bahru-Singapura terletak - selepas upacara yang menandakan selesainya penghubung jejambat RTS, yang dihadiri oleh Perdana Menteri ketika itu Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim.

Namun para pakar hartanah memberitahu Mediacorp bahawa inflasi dan harga hartanah di rumah yang melambung tinggi merupakan antara sebab lebih penting yang menarik minat pembeli rumah rakyat Singapura ke seberang tambak.

Laluan RTS dijangka akan memulakan khidmat penumpangnya menjelang hujung 2026. Sebaik saja ia mula beroperasi, ia akan mengurangkan kesesakan di Koswe, membenarkan akses yang lebih mudah merentasi sempadan itu.

Mediacorp meninjau sebab-sebab di sebalik kenaikan dalam jumlah pembeli rakyat Singapura di Johor, apa yang menarik minat mereka kepada hartanah Johor dan perkara utama yang seharusnya dipertimbangkan sebelum membeli sesebuah rumah di seberang tambak.

TARIKAN BAGI RAKYAT SINGAPURA

Sekalipun terdapat berita kurang baik di sekitar Forest City, pelancaran semula projek Laluan RTS oleh Singapura dan Malaysia menghidupkan semula minat rakyat Singapura untuk memiliki hartanah di seberang tambak.
 
Related article image
Gambar: Lim Li Ting/TODAY
PERKARA UNTUK DIPERTIMBANGKAN SEBELUM MELABUR

Dengan semua perkara yang dipertimbangkan, adakah melabur hartanah di Johor merupakan pelaburan yang berbaloi? Pakar hartanah dan pemilik rumah menasihati bakal pembeli untuk melakukan kajian mereka dengan teliti sebelum membuat keputusan.

Encik Sim, bekas pegawai bank pelaburan, berkata seseorang itu harus mengelak daripada sekadar mengikut trend pelaburan tanpa membuat kajian.

"Jika boleh putar balik masa, saya akan buat kajian lanjut mengenai kegiatan ekonomi di kawasan ini. Saya juga akan memeriksa bekalan perumahan - bukan bilangan unit yang ada pada masa itu, tetapi jumlah tanah dan sama ada pemaju hartanah akan membina lebih banyak.

"Jika saya melakukan kajian pada 2014, saya akan mendapat maklumat bahawa pemaju lain mempunyai rancangan besar," katanya, merujuk kepada Forest City.

Sementara itu, Encik Faizul daripada Far Capital menekankan pentingnya untuk melihat sesebuah hartanah di Malaysia menerusi lensa seseorang warga tempatan, berbanding seorang rakyat Singapura.

"Apabila anda menggunakan cara pemikiran rakyat Singapura untuk membeli hartanah di Johor, ia (adalah langkah) membunuh diri," ujarnya, memandangkan pembeli itu besar kemungkinan akan membayar lebih untuk pembelian mereka.
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita