Skip to main content

Singapura

Pasaran flat jualan semula HDB semakin stabil, kata Desmond Lee

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Apr 2024 07:00PM Dikemas Kini : 27 Apr 2024 10:00PM
SINGAPURA: Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee berkata, harga rumah kini beransur stabil, meskipun terdapat naik turun harga berbentuk musiman.

Beliau berkata demikian selepas data baharu menunjukkan, harga flat jualan semula meningkat lebih pantas dalam tiga bulan pertama tahun ini berbanding suku sebelumnya.

Menurut Encik Lee, peningkatan harga flat jualan semula umumnya adalah lebih rendah tahun lalu berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Tambah beliau, ini merupakan hasil langkah-langkah bagi meredakan pasaran, serta meningkatkan bekalan flat Bina Ikut Tempahan (BTO).

"Kami pantau dengan teliti situasi geopolitik, konflik di luar negara, kadar faedah yang terus-terusan kekal tinggi. Semua ini bermakna harga hartanah akan terus kembali stabil dan kami akan pantau trend dalam suku-suku seterusnya.

"Jadi, secara keseluruhan, saya rasa trend adalah untuk pasaran kekal stabil. Mungkin ada variasi dari suku ke suku, atas pelbagai sebab. Tetapi secara keseluruhan, kita mula lihat kestabilan pasaran dan pembeli rumah yang lebih berhati-hati, dan penjual juga lebih realistik mengenai harga hartanah," kata Encik Lee.
 
Sumber : CNA/AT/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita