Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pasaran daging alternatif yang dibiak di makmal di SG rancak berkembang

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pasaran daging alternatif yang dibiak di makmal semakin rancak berkembang di Singapura, sedang negara berusaha untuk lebih berdaya tahan terhadap jaminan makanan.

Syarikat-syarikat juga dilihat berlumba-lumba berusaha untuk menawarkan makanan yang lebih inovatif.

Kek ikan atau 'fish cake' yang kelihatan dan bau seperti daging ikan biasa tetapi sebahagian daripadanya sebenarnya dihasilkan menggunakan sel sayuran.

Hasil syarikat tempatan Umami Meats adalah sebahagian daripada usahanya mencipta semula hidangan-hidangan popular Asia yang sukar untuk dibuat.

Syarikat itu berharap dapat menghasilkan makanan yang baru dan mampan menerusi makanan laut yang boleh dihasilkan, bukan yang ditangkap di lautan.

Umami Meats berharap ia mendapat kelulusan pemerintah tahun ini dan menjual produk mereka di pasaran tempatan tahun depan.

Rancangan mereka selaras dengan sasaran kemampanan Singapura untuk menghasilkan sendiri lebih banyak makanan sendiri menjelang 2030.

Singapura sudahpun mula menempa kedudukan sebagai peneraju dalam peralihan kepada daging alternatif.

Pada 2020, Singapura menjadi negara pertama di dunia yang menghidangkan daging ayam yang dibiak di makmal, sekali gus membuka jalan inovasi bagi yang lain.

Sebilangan syarikat lain juga sedang berusaha untuk memupuk kemusykilan orang ramai terhadap daging alternatif.

Mereka percaya proses perubahan cita rasa itu memerlukan lebih banyak masa untuk menjadi terbiasa.

Dalam pada itu, kajian di merata dunia mendedahkan daging yang dibiak boleh mengurangkan pelepasan gas karbon daripada penghasilan makanan serta membantu memerangi perubahan iklim.
Sumber : CNA/RU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan