Pasaran buruh Singapura yang terbuka, terhubung buka peluang pekerjaan lebih luas bagi rakyat - MOM
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Keupayaan Singapura menarik syarikat-syarikat ke sini adalah disebabkan keseimbangan antara pekerja asing dan tempatan.
Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng berkata mengekalkan keterbukaan dan keterhubungan telah membantu membuka lebih luas peluang pekerjaan yang baik untuk warga Singapura.
Encik Tan memberi contoh sektor Maklumat dan Perhubungan yang menggajikan 20 peratus jumlah tenaga kerja yang memegang pas pekerjaan.
Ini berbanding satu daripada enam pekerja pada 2016.
Jumlah karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen atau PMET tempatan yang digajikan juga bertambah lebih 34,000 dalam tempoh enam tahun lalu.
Dalam tempoh yang sama, pendapatan median pula naik 2.1 peratus setahun sedang lebih ramai pekerja tempatan bertugas dalam jawatan berkemahiran lebih tinggi.
Mereka dalam persentil ke 20 juga menyaksikan pertumbuhan gaji yang lebih tinggi, dengan mutu kerja lebih baik.
"Dengan menggabungkan dan saling melengkapi kepakaran tempatan dan asing, kita boleh menarik lebih banyak pelaburan dan mewujudkan lebih banyak kerja lebih baik dan pilihan kerjaya bagi warga Singapura.
"Sebaliknya jika pihak syarikat tiada akses kepada tenaga kerja asing yang saling melengkapi yang diperlukan, mereka mungkin meninggalkan Singapura dan mengambil kerja yang mereka ciptakan untuk warga tempatan," kata Menteri MOM lagi.

Sumber : CNA/AA/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.