Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pasar tani di Cheng San tawar hasil tanaman dari kebun masyarakat; penduduk belajar jadi mampan, tanam sayuran sendiri

Anggaran Waktu Membaca:
Pasar tani di Cheng San tawar hasil tanaman dari kebun masyarakat; penduduk belajar jadi mampan, tanam sayuran sendiri

Gambar: Facebook/ Nim Collection

SINGAPURA: Sekitar 300 penduduk Cheng San mempelajari lebih lanjut tentang kemampanan di sebuah pasar tani yang diadakan di kawasan kejiranan pada Sabtu (3 Dis).

Mereka antara lain mempelajari petua-petua mengenai cara menanam tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan seperti sayuran, dalam iklim Singapura. Tumbuh-tumbuhan yang ditanam di kebun-kebun masyarakat kawasan Cheng San turut dijual.

Sementara itu, ITE Kolej Tengah juga menyumbangkan pelbagai hasil tanaman yang dituai daripada kebun hidroponik mereka sendiri.

Lembaga Taman Negara (NParks), Persatuan Berkaitan Penyelidikan dan Pendidikan Haiwan (ACRES) dan para sukarelawan dari Kumpulan Kerja Otter juga hadir untuk meningkatkan kesedaran tentang bagaimana manusia dan hidupan liar dapat hidup bersama.

Para peserta juga mengambil bahagian dalam aktiviti melukis batik dan membuat lilin.
Sumber : CNA/RU/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan