Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pasar raya utama tawar baucar pulangan bagi pelanggan yang guna baucar CDC

Anggaran Waktu Membaca:
Pasar raya utama tawar baucar pulangan bagi pelanggan yang guna baucar CDC

Pemberitahuan baucar CDC boleh digunakan di cawangan NTUC FairPrice di Kampung Admiralty Community Plaza pada 3 Jan 2023. (Gambar: CNA/Grace Yeoh)

Diterbitkan : 03 Jan 2025 06:06PM Dikemas Kini : 03 Jan 2025 06:08PM
SINGAPURA: Sejumlah pasar raya di Singapura akan menawarkan baucar untuk menggalakkan pelanggan menggunakan baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC).

Pusingan terbaharu pemberian baucar CDC, yang bertujuan untuk membantu isi rumah menangani cabaran kos sara hidup, dilancarkan pada Jumaat (3 Jan).

Sama seperti pemberian sebelum ini, separuh daripada baucar S$300 boleh digunakan di gerai runcit dan penjaja di kawasan kejiranan, dan bakinya di pasar raya.

Tahun ini, sempena sambutan SG60, segelintir gerai runcit dan penjaja di kawasan kejiranan akan menawarkan diskaun tambahan atau hadiah kepada pelanggan yang menggunakan baucar CDC di gerai mereka, manakala beberapa pasar raya akan menawarkan promosi.

Menyusuli pemberian baucar CDC, empat rangkaian pasar raya, Cold Storage, Giant Singapore, NTUC Fairprice dan Prime Supermarket, mengumumkan insentif untuk pelanggan menggunakan baucar CDC mereka.

Berikut adalah apa yang ditawarkan setiap pasar raya:

NTUC FAIRPRICE

FairPrice Group menyatakan pada Jumaat bahawa ia akan memberi baucar pulangan S$6 bagi setiap baucar pasar raya CDC bernilai S$60 yang digunakan dalam satu urus niaga di mana-mana cawangan FairPrice sehingga 12 Januari.

Tiada jumlah minimum untuk menggunakan baucar pulangan tersebut. Pelanggan juga boleh menggunakan beberapa baucar pulangan dalam satu urus niaga.

Baucar pulangan itu boleh digunakan sehari selepas ia diberikan kepada pelanggan hingga 28 Februari.

Menurut laman FairPrice, baucar pulangan tidak boleh digunakan untuk membeli rokok, barangan berkanun seperti tiket loteri, susu tepung bayi, ubat-ubatan preskripsi dan yang di farmasi.

COLD STORAGE DAN GIANT

Cold Storage dan Giant juga menyatakan ia akan menawarkan baucar pulangan S$6 bagi pelanggan yang membelanjakan minimum baucar pasar raya CDC bernilai S$60 di mana-mana cawangan pasar rayanya.

Pelanggan juga akan menerima 600 mata di bawah program kesetiaan "yuu".

Promosi tersebut berlangsung hingga 9 Januari.

Tiada perbelanjaan minimum yang dikenakan untuk pelanggan menggunakan baucar pulangan mereka di Cold Storage atau Giant.

Walau bagaimanapun, pelanggan hanya dibenarkan menggunakan satu baucar pulangan bagi setiap transaksi.

Baucar pulangan boleh digunakan sehari selepas ia diberikan, dengan penebusan berlangsung sehingga 17 Jan.

Pelanggan di kedua-dua pasar raya juga tidak dibenarkan menggunakan baucar pulangan untuk barangan seperti rokok, surat khabar dan susu tepung bayi.

PRIME SUPERMARKET

Bagi pelanggan yang berbelanja di Prime Supermarket, pelanggan diperlukan untuk menggunakan baucar CDC minimum S$80 untuk menerima baucar pulangan S$5.

Pasar raya itu akan menawarkan promosi tersebut sehingga 16 Januari.

Pelanggan boleh menggunakan baucar pulangan dari 4 hingga 17 Januari.

Baucar pulangan tersebut tidak boleh digunakan bagi barangan seperi alkohol, rokok, susu tepung bayi dan tiket loteri.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan