Pasar raya utama bakal rintis skim papar harga unit bagi sebahagian barangan dapur
Anggaran Waktu Membaca:

Sebuah cawangan NTUC Fairprice. (Gambar fail: CNA/Javier Lim)
SINGAPURA: Tidak lama lagi, pasar raya utama di Singapura akan memaparkan harga unit bagi sebahagian barangan dapur seperti beras, daging, telur, minyak masak, buah-buahan dan sayu-sayuran.
Inisiatif perintis itu akan dilaksanakan di cawangan-cawangan tertentu yang dikendalikan oleh pengendali utama pasar raya NTUC FairPrice, Cold Storage, Giant, Sheng Siong dan Prime.
Ini bermakna, selain harga produk, para pelanggan akan dapat melihat harga unit, seperti harga bagi setiap liter atau setiap kilogram.
"Ini akan memberikan pelanggan maklumat bagi harga bandingan untuk membantu mereka membuat pembelian," kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong pada Sabtu (15 Mac) sedang beliau mengumumkan skim perintis tersebut di acara jamuan malam sebagai memberi penghargaan kepada rakan-rakan Persatuan Pengguna Singapura (CASE).
CASE, bersama-sama Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS), akan bekerjasama dengan pengendali utama pasar raya bagi skim perintis itu.
CCCS juga akan menjalankan tinjauan pasaran untuk mendapatkan maklum balas daripada para pelanggan mengenai paparan harga unit itu dan manfaatnya.
"Ini akan digunakan untuk membentuk garis panduan kami mengenai harga unit, serta perancangan kami untuk melaksanakan skim memaparkan harga unit dengan lebih meluas," kata Encik Gan, yang juga timbalan perdana menteri.
"Kami berharap penggunaan harga unit itu akan mempertingkat ketelusan, membantu pelanggan membuat pilihan berbelanja yang hemat, dan mencegah peruncit daripada bermain dengan gimik harga."
Beliau menarik perhatian bahawa aplikasi Price Kaki CASE memperkenalkan harga unit dua tahun lalu bagi lebih 1,200 produk barangan dapur. Kini ia sudah dilakukan di lebih 6,000 barangan, termasuk barangan dapur dan rumah.
"Dengan memaparkan harga bagi setiap unit ukuran produk, pelanggan akan dapat membandingkan harga produk dari pelbagai jenama dan saiz bungkusan berbeza dengan lebih mudah," kata Encik Gan.
Aplikasi itu sudah dimuat turun lebih 170,000 kali.
Presiden CASE Melvin Yong, yang menggesa agar memaparkan harga unit menjadi mandatori, berkata ia akan membantu pelanggan "mengesan helah harga dengan pantas dan senang".
"Ia juga berguna untuk menangani 'shrinkflation' (inflasi tersembunyi)," tambah beliau.

Sumber : CNA/NK/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.