Pasar raya terbesar NTUC FairPrice di VivoCity dibuka secara rasmi
Pasar raya dan farmasi terbesar NTUC FairPrice di VivoCity dibuka secara rasmi pada Selasa (6 Ogos).
SINGAPURA: Pasar raya dan farmasi terbesar NTUC FairPrice di VivoCity dibuka secara rasmi pada Selasa (6 Ogos).
Pasar raya FairPrice Xtra dan Farmasi Unity itu menerapkan ciri-ciri baru bagi menyaingi kegiatan e-dagang
Ruang runcitnya seluas lebih 90,000 kaki persegi meliputi dua tingkat.
Lebih 35,000 produk dari seluruh dunia dijual di situ termasuk kira-kira 350 jenama buatan Singapura.
Di samping itu pasar raya tersebut menyediakan pelbagai perkhidmatan lain bagi memudahkan para pengguna.
Ini termasuk khidmat penyediaan makanan, membaiki basikal dan bagasi serta tempat khas untuk kanak-kanak bermain.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.