Skip to main content

Singapura

Pasar & pusat penjaja di Jurong, Jem antara tempat dikunjungi kes COVID-19 ketika berjangkit

Dua pasar dan sebuah pusat penjaja di Jurong serta pusat beli-belah Jem yang terletak berhampiran stesen MRT Jurong East adalah antara lokasi yang dimasukkan ke dalam senarai tempat awam yang dikunjungi oleh kes-kes COVID-19 semasa tempoh berjangkit.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasar & pusat penjaja di Jurong, Jem antara tempat dikunjungi kes COVID-19 ketika berjangkit

(Gambar: NEA)

Diterbitkan : 25 Aug 2020 12:02AM Dikemas Kini : 25 Aug 2020 12:05AM

SINGAPURA: Dua pasar dan sebuah pusat penjaja di Jurong serta pusat beli-belah Jem yang terletak berhampiran stesen MRT Jurong East adalah antara lokasi yang dimasukkan ke dalam senarai tempat awam yang dikunjungi oleh kes-kes COVID-19 semasa tempoh berjangkit.

Dalam kemas kini pada sebelah malam berhubung situasi virus korona di Singapura pada Isnin (24 Ogos), Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan para pesakit mengunjungi:

- Pasar & Pusat Penjaja Yuhua di 347 Jurong East Avenue 1 pada 11 Ogos antara pukul 10.00 pagi dengan 11.00 pagi

- Pusat beli-belah Jem pada 12 Ogos antara pukul 4.55 petang hingga 5.35 petang

- Pasar & Pusat Makanan Jurong West 505 di 505 Jurong West St 52 pada 13 Ogos antara pukul 11.00 pagi hingga 12.20 tengah hari

MOH menyatakan bahawa ia sudahpun memaklumkan para individu yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kes-kes yang disahkan.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berada di lokasi-lokasi tersebut semasa waktu yang dinyatakan harus memantau kesihatan mereka dengan rapi selama 14 hari dari tarikh kunjungan mereka," tambah kenyataan tersebut.

"Mereka harus berjumpa doktor dengan segera jika mereka mengalami simptom jangkitan pernafasan akut (seperti batuk, sakit tekak dan selesema) serta demam dan hilang deria rasa atau bau, dan memberitahu doktor bahawa mereka terdedah kepada virus itu."

Orang ramai tidak perlu mengelakkan tempat-tempat yang dilawati oleh kes-kes COVID-19, tambah MOH.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan mendampingi pihak pengurusan premis yang terjejas untuk membimbing mereka tentang cara-cara melakukan pembersihan dan pembasmian kuman.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita