Skip to main content

Singapura

Pasar lambak Twilight: Flea & Feast 'berpindah' ke Downtown East, janjikan ruang santai lebih luas

Anggaran Waktu Membaca:
Pasar lambak Twilight: Flea & Feast 'berpindah' ke Downtown East, janjikan ruang santai lebih luas

Gambar: Instagram/@TwilightFeast

BERITAmediacorp: Pesta 'Twilight Market' kembali buat kali kedua tahun ini dengan pengalaman bersantai beramai-ramai di bahagian timur negara - Downtown East berbanding di Suntec City seperti sebelumnya.

Bermula Jumaat (21 Okt) hingga 24 Okt ini, para pengunjung boleh menikmati pelbagai sajian makanan serta kegiatan riadah dan santai yang diilhamkan dari kemeriahan bazar pegerai jalanan di Australia yang cukup popular dalam kalangan penduduk di negara itu dan pelancong.

Sebanyak 28 gerai makanan dan lebih daripada 130 kedai runcit mengambil bahagian dalam pesta kali ini yang dipilih khas oleh penganjur Twilight Market, Encik Noor Hadi dari Adi Media.

"Vendor kami harus menambah nilai kepada acara kami ini dan kami memang hanya ingin menyokong usahawan tempatan dan perniagaan dari rumah (HBB) sahaja," kata Encik Hadi kepada BERITAmediacorp.

Bukan sahaja edisi Twilight Market hujung minggu ini dianjurkan di tempat yang baru, kegiatannya juga diadakan di kedua-dua kawasan tertutup dan di luar, sesuai untuk seisi keluarga. Ini termasuk berkelah sambil menonton wayang sepanjang empat hari pasar lambak itu diadakan.

"Kami ingin membesarkan lagi Twilight Feast di dalam Singapura dan ingin sampai ke lebih banyak penduduk Singapura di semua sudut negara ini, " kata Encik Hadi merujuk kepada sebab memilih Downtown East untuk menganjurkan pesta pesta di luar kawasan pusat bandar.

Twilight Market di Downtown East di Open Plaza 1 dan 2 serta di D'Marquee dibuka dari 12 tengah hari hingga 10.00 malam, dari 21 hingga 24 Oktober.
Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita