Pasar Geylang Serai ditutup 3 hari; 5 hingga 7 Sep
Pasar Geylang Serai akan ditutup dari 5 hingga 7 Sep ini bagi kerja-kerja pembersihan.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pasar Geylang Serai akan ditutup dari Isnin (5 Sep) hingga Rabu (7 Sep) bagi kerja-kerja pembersihan.
Demikian menurut laman Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dalam tinjauan BERITAmediacorp hari ini (30 Ogos).
Pusat penjaja Yishun Park juga ditutup bagi tempoh yang sama bagi tujuan pembersihan.
Kumpulan Pusat Penjaja (HCG) NEA memainkan peranan utama dalam mengurus dan mempertingkatkan pusat-pusat penjaja supaya ia dapat terus menjadi tempat di mana orang ramai dari pelbagai latar belakang dapat "menikmati makanan yang dimampui dalam persekitaran yang bersih", menurut laman NEA.
Maklumat berhubung penutupan Pasar Geylang Serai juga dikongsikan pengguna Shahid Yusoff, dengan gelaran 'Abg Butcher' di laman TikTok.

Beliau turut menggesa maklumat penutupan itu disebarkan supaya "tidak membawa kesulitan" kepada orang ramai.
Sumber : BERITA Mediacorp/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.