Skip to main content

Singapura

Pasar Geylang Serai akan ditutup pada 29 Julai hingga 31 Oktober 2024 bagi kerja-kerja naik taraf

Pasar Geylang Serai akan ditutup pada separuh kedua tahun ini bagi kerja-kerja naik taraf.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasar Geylang Serai akan ditutup pada 29 Julai hingga 31 Oktober 2024 bagi kerja-kerja naik taraf

Sesak tapi meriah, peniaga di pasar Geylang Serai & Jurong West tak naikkan harga barang jelang Syawal. (Gambar: BERITAmediacorp/Nazirah Jamzuri)

SINGAPURA: Pasar Geylang Serai akan ditutup pada separuh kedua tahun ini bagi kerja-kerja naik taraf.

Demikian menurut makluman Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) yang bertarikh 21 Februari 2024 kepada para pemilik gerai Pasar Geylang Serai yang dilihat oleh BERITA Mediacorp.

Dalam makluman itu, NEA menyatakan bahawa Pasar Geylang Serai akan ditutup mulai 29 Julai hingga 31 Oktober 2024 untuk kerja-kerja naik taraf.

Tarikh akhir bagi operasi perniagaan adalah pada 28 Julai 2024.

Apabila pusat itu dibuka semula pada 1 November 2024, kerja-kerja naik taraf akan dikhususkan pada satu kawasan tanpa menjejas operasi perniagaan.

Menurut NEA, antara kerja-kerja naik taraf yang akan dijalankan termasuk menggantikan meja dan kerusi, menggantikan jubin, mengecat semula Pasar Geylang Serai dan kerja-kerja ubah elok terhadap tandas.

Bagi memudahkan kerja-kerja naik taraf dijalankan, para pemilik gerai akan diberi masa sehingga tiga hari dari 29 hingga 31 Julai 2024 untuk menghapuskan sebarang barangan yang tidak diperlukan dan mematikan bekalan utiliti.
Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita