Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pasar Geylang Serai akan ditutup 4 hari bagi kerja pembersihan

Pasar Geylang Serai akan ditutup dari Isnin (9 Sep) hingga Khamis (12 Sep) bagi kerja-kerja pembersihan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasar Geylang Serai akan ditutup 4 hari bagi kerja pembersihan

Pekerja pembersihan giat mencuci lantai tingkat dua di Pasar Geylang.

SINGAPURA: Pasar Geylang Serai akan ditutup dari Isnin (9 Sep) hingga Khamis (12 Sep) bagi kerja-kerja pembersihan.

Demikian menurut jurucakap Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) hari ini (4 Sep).

Notis penutupan selama empat hari itu juga dipaparkan di laman NEA dalam jadual kerja-kerja pembersihan yang diadakan bagi pusat-pusat makanan dan pasar-pasar di negara ini.

Menurut kenyataan itu, kerja-kerja pembersihan dijalankan bagi memastikan kebersihan pusat makanan dan pasar, yang juga tempat-tempat yang menjadi sebahagian penting dalam kehidupan di Singapura.

Tinjauan BERITAmediacorp di media sosial juga mendapati sebilangan pengguna memberi maklumat yang sama.

Rata-rata para pengguna lain yang berkongsi catatan tersebut turut maklum dan 'berterima kasih' atas maklumat tersebut.

Sumber : BERITAmediacorp/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa