Pasar dan Pusat Penjaja Serangoon Garden 'pusat penjaja paling popular' SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pasar dan Pusat Penjaja Serangoon Garden terpilih sebagai Pusat Penjaja Paling Popular di Singapura, umum Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).
Para pelanggan berkata mereka menikmati pelbagai jenis hidangan yang ditawarkan, serta ruang terbuka dan tahap kebersihan yang tinggi di pusat penjaja tersebut.
Sama ada ikan peliharaan, ikan untuk dimasak,atau untuk mengisi perut, orang ramai boleh mendapatkan semua itu di Pasar dan Pusat Penjaja Serangoon Garden.
Pusat penjaja yang sangat popular itu berjaya memikat para pelanggan dari merata Singapura.
Setiap 45 minit, kakitangan pembersihan memastikan lantai kering dan tiada tisu terpakai ditinggalkan.
Tahap kebersihan itu juga diamalkan di merata pusat tersebut.
Pusat penjaja yang sudah beroperasi selama 60 tahun itu juga menempatkan beberapa gerai warisan, seperti gerai nasi itik yang sudah wujud selama lebih 30 tahun.
Bagi para penjaja muda pula, persahabatan yang kukuh mendorong mereka untuk terus berniaga.
"Terdapat ramai penjaja perintis. Maka banyak yang boleh dipelajari daripada mereka, kisah mereka. Mereka sudah berada di sini selama 20, 30 tahun," kata pemilik gerai Ah Tas Muffins.
"Saya benar-benar menghormati kerja keras mereka, kerana saya baru sahaja berada di sini selama empat tahun, dan saya sudah berasa letih dengan kerja-kerja penjaja sebegini," tambahnya.
Encik Lim juga mendakwa semangat kemasyarakatan wujud di pusat penjaja tersebut.

Sumber : CNA/AI/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.