Pasangan yang kendalikan syarikat katering didenda kerana tidak bayar gaji lebih 100 pekerja
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan. (Gambar: iStock)
SINGAPURA: Sepasang suami isteri yang mengendalikan beberapa syarikat F&B didenda pada Jumaat (25 Jul) kerana tidak membayar gaji lebih 100 pekerja mereka.
Sim Ling Zhen, 31 tahun, dan suaminya Wu Wenchun, 37 tahun, masing-masing didenda S$72,000. Jika mereka gagal membayar denda itu, mereka akan menjalani hukuman penjara selama 66 minggu.
Mereka masing-masing dikenakan 24 tuduhan berkaitan kesalahan di bawah Akta Pekerjaan. Pasangan itu mengaku bersalah atas 12 tuduhan, dengan 12 lagi tuduhan dipertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan.
Seramai 103 pekerja terjejas dari Ogos hingga Disember 2022 di tiga syarikat: Royal Cuisine Group, Yanxi dan Healthy Meals Catering.
Mereka berhutang gaji sebanyak S$432,000 dan hanya S$73,000 akhirnya dibayar kepada para pekerja.
APA YANG BERLAKU
Sim dan Wu adalah pengarah berdaftar dan pengurus besar ketiga-tiga syarikat tersebut.
Syarikat-syarikat itu mengendalikan pelbagai perkhidmatan katering di bawah jenama seperti Tingkat Singapore, Angel Confinement Meals, Happy Mamapapa Catering dan Vegetarian Buffet. Ia juga mengendalikan bekas restoran Yanxi di Chin Swee Road.
Pasangan itu secara aktif menguruskan operasi jenama katering tersebut.
"Jenama katering itu sebelum ini dilaporkan oleh orang awam pada 2022 selepas mereka gagal memenuhi pesanan makanan," menurut MOM.
Siasatan MOM mendedahkan bahawa Sim dan Wu mula menanggung tunggakan gaji pada Ogos 2022. Pada Disember tahun itu, premis syarikat ditutup oleh tuan tanah kerana sewa tidak dibayar.
Sim dan Wu tidak memaklumkan pekerja mereka tentang keadaan sebenar syarikat itu dan tidak mengendahkan kebimbangan mereka selepas penutupannya, tambah MOM.
Seramai 103 pekerja terkandas, dengan sebahagian daripada mereka masih belum dibayar gaji sehingga tiga bulan.
Sim dan Wu juga tidak memberi kerjasama apabila pekerja mereka meminta bantuan daripada MOM dan Perikatan Tiga Pihak bagi Penyelesaian Pertikaian (TADM), menurut MOM lagi.
"Mereka gagal menghadiri sesi pengantaraan, berulang kali tidak hadir temu janji, dan tidak memberikan alamat kediaman terkini mereka semasa siasatan.
"Walaupun diberi masa yang mencukupi untuk membayar gaji pekerja yang terjejas, Sim Ling Zhen dan Wu Wenchun tidak membuat usaha ketara untuk berbuat demikian," tambahnya.
Kebanyakan pekerja tempatan yang terjejas sudah mendapat pekerjaan baharu. TADM membantu bekas pekerja, termasuk memberikan bantuan kewangan dan menghubungkan mereka dengan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja NTUC (e2i).
"MOM memandang serius perbuatan tidak membayar gaji pekerja. Kami akan terus mengambil tindakan tegas terhadap pesalah yang gagal mematuhi undang-undang kami," menurut kementerian itu.
Di bawah Akta Pekerjaan, majikan yang gagal membayar gaji pekerja boleh didenda antara S$3,000 hingga S$15,000, dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Hukuman maksimum untuk pesalah berulang adalah dua kali ganda.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.