Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pasangan suami isteri disiasat jalankan pembiakan haram; 19 anjing dipindahkan dari rumah mereka

Anggaran Waktu Membaca:
Pasangan suami isteri disiasat jalankan pembiakan haram; 19 anjing dipindahkan dari rumah mereka

Anjing Corgi dalam sangkar. (Gambar: NParks)

SINGAPURA: Sepasang suami isteri sedang membantu Khidmat Haiwan dan Veterinar (AVS) dalam siasatan-siasatan, menyusuli maklumat yang diterima tentang pembiakan dan penjualan anjing di sebuah kediaman tanpa lesen.

Demikian menurut Lembaga Taman Negara (NParks) hari ini (16 Feb).

Sebanyak 19 ekor anjing dipindahkan daripada rumah pasangan berkenaan pada 9 Februari selepas para penyiasat dari AVS memeriksa unit tersebut. Anjing-anjing itu termasuk jenis Corgis dan Shiba Inu.

Rumah pasangan itu dipercayai digunakan untuk membiak dan menjual anjing-anjing tersebut, menurut NParks.

Anjing-anjing tersebut kini berada di bawah jagaan Pusat Pengurusan Haiwan AVS.

Denda bagi perbuatan menyimpan haiwan dalam kurungan untuk dijual tanpa lesen, di bawah Akta Haiwan dan Burung, ialah denda tidak melebihi S$5,000, dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Bagi mereka yang didapati bersalah menggunakan premis-premis untuk membiak dan menjual haiwan serta burung tanpa lesen akan didenda tidak melebihi S$10,000, dipenjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.

AVS menasihatkan bakal pemilik haiwan peliharaan supaya mengambil haiwan peliharaan mereka daripada kumpulan kebajikan haiwan atau membeli haiwan peliharaan mereka daripada kedai-kedai yang berlesen.

Kedai haiwan peliharaan yang berlesen menyimpan rekod setiap haiwan di premisnya, termasuk sumber, tarikh import, pengimport, tarikh penerimaan dan tarikh penjualan haiwan tersebut.

"Bakal pemilik haiwan peliharaan tidak seharusnya membeli daripada sumber yang tidak diketahui termasuk wadah online, kerana status kesihatan haiwan itu tidak diketahui dan mungkin membawa penyakit," menurut NParks.

"Haiwan-haiwan itu mungkin diseludup dan/atau tidak dibiak mengikut piawaian kesihatan dan jagaan haiwan yang dikenakan oleh AVS ke atas para pembiak dan kedai haiwan peliharaan berlesen."

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan