Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pasangan kes penipuan Tradenation tampak tenang ketika dihampiri polis, kata penyambut tamu hotel JB

Anggaran Waktu Membaca:
Pasangan kes penipuan Tradenation tampak tenang ketika dihampiri polis, kata penyambut tamu hotel JB

Gambar: CNA/Amir Yusof, Instagram/Siriwipa Pansuk

JOHOR BAHRU: Pasangan suami isteri yang terkait kes penipuan barangan mewah jutaan dolar di Singapura kelihatan tenang apabila dihampiri pegawai polis di luar hotel di Johor Bahru, kata seorang penyambut tamu yang menyaksikan insiden tersebut.

Warga Singapura, Pi Jiapeng, 26 tahun dan isterinya, rakyat Thailand, Siriwipa Pansuk, 27 tahun, melarikan diri dari Singapura selama lebih lima minggu sebelum mereka diberkas pihak berkuasa di luar hotel BookMe di Jalan Bestari pada Rabu (10 Ogos).

Mereka diserahkan kepada polis Singapura dan didakwa di mahkamah pada 12 Ogos.

Cik Sheila Rozy, seorang penyambut tamu yang bertugas di BookMe hotel pada Rabu (10 Ogos) memberitahu Mediacorp bahawa pasangan itu menghampiri kaunter hotel selepas pukul 10.00 malam.

"Kami memberitahu mereka semua bilik penuh buat malam itu. Mereka meninggalkan hotel dan berdiri di luar. Mereka kelihatan tenang dan tidak mencurigakan," kata Cik Sheila.

"Sedang mereka berdiri di luar, empat atau lima lelaki menghampiri mereka. Lelaki-lelaki itu mengenakan pakaian biasa dan kemudian mengenalkan diri mereka sebagai pegawai polis.

"Mereka bercakap dengan pasangan itu untuk beberapa minit. Pasangan itu kelihatan tenang dan tidak cuba untuk melarikan diri. Mereka kemudian dibawa ke sebuah kereta polis dan beredar dari situ," kata beliau.

Cik Sheila juga berkata kakitangan hotel yang bertugas tidak mengambil dokumen pengenalan daripada pasangan itu kerana mereka tidak 'check in'.

"Kami tidak menghubungi polis kerana tidak sangka mereka merupakan suspek," tambah beliau.

Cik Sheila juga berkata kakitangan hotel kemudian dimaklumkan polis bahawa Pi dan Pansuk ditahan kerana didakwa terlibat dalam penipuan barangan mewah Tradenation.
Hukuman bagi kesalahan menipu adalah tempoh penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Hukuman bagi kesalahan meninggalkan Singapura tanpa menggunakan pasport adalah tempoh penjara sehingga enam bulan dan didenda sehingga S$1,000.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan