Pasangan kahwin campur ini seronok raikan Tahun Baharu Cina, jambatan dua tradisi
Ini menjadikan sambutan dua perayaan besar itu lebih bermakna sejak bernikah dengan suaminya, Encik Iman Shen Hongjing yang berasal dari Harbin, China lebih sedekad lalu.
"Yang saya tidak sabar menantikan adalah kami berkumpul bersama-sama, masa kami bersama-sama dengan keluarga. Bukan saya sahaja, tetapi juga keluarga saya yang berbangsa Melayu tidak sabar menantikan Tahun Baharu Cina.
"Mereka tidak sabar untuk menikmati juadah yang bakal kami sediakan iaitu masakan cina seperti ikan kukus," kata Cik Nur Fazlin.
SUAMI SESUAIKAN DIRI DENGAN SAMBUTAN RAYA DI SG
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2012 selepas Encik Iman memeluk agama Islam dua tahun sebelum itu.
Menceritakan kembali detik beliau berkenalan dengan isterinya, pekerja bebas dalam bidang pelancongan itu berkata, beliau dan isterinya bekerja di tempat sama dalam industri kulinari sebelum berkenalan lebih rapat.
"Saya datang ke Singapura pada 2009 ketika kawan saya memperkenalkan saya untuk kerja di sini. Pada masa itu saya bertemu dengan isteri saya dan kami saling mengenali. Selepas itu kami menjadi pasangan. Saya ingat kali pertama kami 'dating' adalah di Yishun dan memakan 'steamboat'," kongsi Encik Iman dengan wartawan Nurfazirah Azman.
Beliau turut mengenang kembali bagaimana dirinya menyambut Tahun Baharunya pada zaman bujangnya.
"Sebelum saya berkahwin, sambutan Tahun Baharu Cina lazimnya saya ingat saya akan ke Chinatown dan lihat perhiasan lampu dan pertunjukan bunga api. Selepas itu, saya akan pulang ke rumah dengan kawan-kawan saya untuk makan dan masak bersama," kata Encik Iman.
"Selepas saya kahwin, saya lebih rapat dengan keluarga saya. Jadi keluarga saya (di China) akan datang ke rumah saya dan meraikan bersama. Saya juga dapat mencuba pelbagai makanan seperti makanan Melayu daripada sebelah isteri saya," tambahnya.
SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA CUKUP MERIAH DI SG
Ini tidak mematahkan semangat Encik Iman kerana bersyukur dapat menyambut perayaan itu bersama keluarga tersayang di sini.
Bagi diri Cik Nur Fazlin pula, sambutan Tahun Baharu Cina cukup meriah seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan kunjungan dari saudara-mara dan jiran tetangga.
Pada pagi raya, mereka akan menikmati makanan seperti 'dumpling', kuih pulut dan ikan kukus.
"Perbezaannya adalah makanan kami ada makanan 'fusion'. Campuran makanan Melayu dan Cina. Mereka juga akan membawa makanan mereka sendiri. Saya juga tidak akan memaksa mereka menggunakan baju merah tetapi mereka datang lengkap berpakaian merah. Terasa kemeriahannya. Saya rasa rumah saya paling meriah, macam Hari Raya, " seloroh Cik Nur Fazlin.
KONGSI RESIPI 'DUMPLING' DENGAN IBU MERTUA, ABANG IPAR DARI CHINA
Menariknya, 'dumpling' dan 'kuih chang' yang disediakan adalah hasil air tangan pasangan suami isteri itu sendiri.
"Saya suka makan dan saya sukakan masakan Cina. Sangat sukar untuk mendapatkan 'kuih chang' dan 'dumpling' halal. Jadi saya beritahu suami saya, saya ingin membuat versi halal. Jadi dari situ saya membuat resipi," kongsi Cik Nur Fazlin.
Ciptaan resipi juadah itu adalah hasil gabungan ideanya, abang ipar dan juga ibu mertua yang berasal dari Harbin, China.
Namun ada sedikit perbezaan kerana ia disesuaikan dengan cita rasa orang Melayu.
"Perbezaannya adalah makanan kami ada makanan 'fusion'. Campuran makanan Melayu dan Cina. Mereka juga akan membawa makanan mereka sendiri. Saya juga tidak akan memaksa mereka menggunakan baju merah tetapi mereka datang lengkap berpakaian merah. Terasa kemeriahannya. Saya rasa rumah saya paling meriah, macam Hari Raya, " seloroh Cik Nur Fazlin.
"Kawan Cina saya berkongsi bahawa 'dumpling' yang ada di China tidak dipenuhi dengan inti, manakala yang kami buat lebih inti daripada kulit tepung," kongsi Cik Fazlin.
DIDIK ANAK UNTUK LESTARIKAN TRADISI SAMBUTAN DUA PERAYAAN
Selain menikmati pelbagai juadah, mereka juga masih mengekalkan tradisi memberikan duit raya atau 'ang pau' kepada kanak-kanak dan mereka yang lebih berusia.
"Kalau sampul merah pun akan dapat dua kali buat anak-anak saya. Jadi sampul merah untuk Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri lain. Jadi mereka sangat bertuah," katanya.
Beliau menekankan betapa pentingnya untuk mendidik anak-anaknya tentang perayaan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri supaya ia dapat terus dihargai dan diraikan.
Perbezaan tradisi itu bagi pasangan Encik Iman dan Cik Nur Fazlin merupakan satu perkara yang wajar diraikan kerana seronok dapat pelajari dan berkongsi tradisi dengan anak-anak serta ahli keluarga yang lain.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.