Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pasangan ini atur strategi cuti sekolah seronok lagi selamat bersama anak

Cuti sekolah di tengah-tengah Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat), tentunya mencabar, lebih-lebih lagi bagi keluarga dengan anak kecil yang mungkin sudah penat berada di rumah.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Cuti sekolah di tengah-tengah Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat), tentunya mencabar, lebih-lebih lagi bagi keluarga dengan anak kecil yang mungkin sudah penat berada di rumah.

Bagi pasangan muda yang kedua-duanya berusia 31 tahun, Encik Nor Hafiqal M Zorhari dan isteri, Cik Eliana Suffian, cuti sekolah ini sememangkan memerlukan perancangan yang teliti.

Apa tidaknya.

Empat anak mereka berusia dua hingga enam tahun, semuanya aktif dan gemarkan kegiatan di luar rumah.

Justeru, seperti ramai ibu bapa lain, yang ingin meluangkan lebih banyak masa bersama anak mereka semasa cuti sekolah, Encik Nor Hafiqal dan Cik Eliana perlu mengatur strategi bagi memastikan anak-anak mereka dapat berseronok di luar dengan selamat.

TERPAKSA 'DIPISAHKAN' DENGAN ANAK-ANAK DEMI KESELAMATAN

Di ditengah-tengah Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) sekarang, pasangan tersebut memilih untuk meneruskan rutin aktif keluarganya.

Apa yang penting, mereka tahu tanggungjawab yang perlu diambil bagi menjaga diri dan keluarga mereka sekeluarga.

Oleh yang demikian, Cik Eliana dan suami memastikan semua anak mereka diterapkan dengan cara melindungi diri di tengah-tengah pandemik.

"Kami rasa agak sedih dan susahlah kerana kami mempunyai empat orang anak. Tapi hari ini kami bawa semua. Jadi, kena mematuhi peraturan, bergerak secara berpasangan, agak susahlah kerana anak ramai," kata Cik Eliana, seorang pegawai awam.

LEBIH 20 AKTIVITI UNTUK KANAK-KANAK DARI SETAHUN HINGGA DEWASA

Lawatan mereka ke SuperPark Singapore memang diatur bagi seisi keluarga memandangkan taman tema dua tingkat dengan ruang sebesar 40,000 kaki persegi atau sekitar tiga suku padang bola sepak itu, adalah yang terbesar di Singapura.

Selain Singapura, SuperPark juga dibuka di beberapa negara lain seperti China dan Malaysia.

(Gambar; SuperPark Singapore)

Taman tersebut dibuka semula pada 9 April 2021 di bawah pengendali taman yang baru - DreamUs yang juga mengendalikan taman bertema Pororo Park Singapore di Marina Square dan Tayo Station di Downtown East.

Ia menawarkan lebih 20 jenis permainan lasak lagi interaktif buat semua lapisan usia.

Di bawah peraturan keselamatan buat masa ini, taman bertema ini hanya mampu beroperasi dengan 25 peratus kapasiti sahaja.

Bagi memastikan keselamatan pengunjung, setiap sesi permainan dihadkan kepada dua jam setiap seorang dengan jadual permainan yang ditetapkan.

Ia kemudian ditutup selama 30 minit untuk kerja-kerja pembersihan sebelum dibuka semula buat sesi seterusnya.   

Sumber : BERITA Mediacorp/sy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan