Pasangan dipercayai gagal hantar barangan mewah sembunyi dalam kontena lori, larikan diri dari S'pura
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pasangan yang menghilangkan diri selepas dipercayai gagal menghantar jam tangan mewah dan beg berjenama melarikan diri dari Singapura dengan bersembunyi di dalam kompartmen kontena sebuah lori.
Demikian menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Rabu (20 Jul).
Menjawab pertanyaan Mediacorp, ICA menyatakan seorang lelaki Malaysia berusia 40 tahun membantu pasangan itu meninggalkan Singapura secara haram dengan menyembunyikan mereka di dalam sebuah lori.
"ICA memandang serius percubaan untuk memasuki atau meninggalkan Singapura secara haram dan tidak akan teragak-agak untuk mendakwa pesalah bagi kes-kes sedemikian," seorang jurucakap ICA memberitahu Mediacorp.
"Kami sedang bekerja rapat dengan penguasa relevan berhubung kes ini."
Waran tangkap dan notis Interpol sudah dikeluarkan teradap pasangan tersebut, menurut polis pada Rabu (20 Jul).
Sekurang-kurangnya 180 aduan melibatkan dua syarikat, Tradenation dan Tradeluxury, sudah dilaporkan kepada polis dari Jun hingga kini.
Menurut para mangsa, mereka membuat bayaran pendahuluan kepada syarikat tersebut bagi jam tangan atau beg mewah. Namun, syarikat berkenaan gagal menghantar produk-produk yang dibeli.
Pada Rabu lalu (13 Jul), polis memberkas seorang lelaki Malaysia berusia 40 tahun yang dipercayai membantu pasangan itu meninggalkan Singapura pada 4 Julai.
Lelaki tersebut didakwa dua hari selepas ditangkap, atas tuduhan bersubahat dengan seorang individu lain untuk meninggalkan Singapura secara haram.
ICA menyatakan ia melakukan pemeriksaan ke atas semua ketibaan dan "mengamalkan pendekatan pengurusan risiko" untuk pemeriksaan ke atas kenderaan yang berlepas bagi mengimbangi pelepasan yang lancar bagi kenderaan yang meninggalkan Singapura dan keselamatan sempadan di pusat pemeriksaan.
Kenderaan yang meninggalkan Singapura mungkin perlu menjalani pemeriksaan lanjut berdasarkan pemprofilan risiko atau sebarang maklumat yang diterima, tambah jurucakap ICA itu lagi.

Sumber : CNA/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.