Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pasangan didakwa tidak pakai pelitup, wanita bertindak kasar terhadap duta jarak selamat

Anggaran Waktu Membaca:
Pasangan didakwa tidak pakai pelitup, wanita bertindak kasar terhadap duta jarak selamat

Gambar fail. (Gambar: Facebook/Masagos Zulkifli)

SINGAPURA: Dua orang akan didakwa pada Jumaat (1 April) kerana gagal memakai pelitup dengan betul di tempat awam dan mengganggu ketenteraman awam, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Khamis (31 Mac).

Salah seorang pasangan itu, wanita berusia 47 tahun, juga akan didakwa kerana menggunakan kekerasan jenayah ke atas seorang kakitangan awam.

Pada kira-kira 10.30 malam, 11 September tahun lalu, tiga Duta Jarak Selamat (SDA) menghampiri wanita itu dan temannya - seorang lelaki 54 tahun di Marina Bay Sands dan menasihati mereka supaya memakai pelitup dengan betul.

Pasangan itu didakwa bersemuka dengan pegawai SDA tersebut dan enggan memakai pelitup walaupun diingatkan berulang kali, menurut polis.

Pasangan itu kemudian didakwa berulang kali memekik dan menunjukkan isyarat kesat kepada pegawai-pegawai SDA. Wanita itu juga dikatakan menarik pelitup salah seorang pegawai tersebut hingga terturun.

Mereka yang didapati bersalah menggunakan kekerasan jenayah untuk menghalang kakitangan awam daripada menjalankan tugas mereka boleh dihukum penjara sehingga empat tahun, didenda, atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan mengganggu ketenteraman awam membawa hukuman penjara sehingga tiga bulan, denda sehingga S$2,000, atau kedua-duanya sekali.

Di bawah peraturan COVID-19, sesiapa yang didapati tidak memakai pelitup dengan betul boleh didenda sehingga S$10,000, dipenjara hingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

 

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan