Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pasangan diberkas atas pembelian online palsu bernilai lebih S$37,000

Seorang lelaki berusia 43 tahun dan wanita 34 tahun, sudah diberkas kerana disyaki terlibat dalam pembelian palsu di wadah online.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasangan diberkas atas pembelian online palsu bernilai lebih S$37,000

Antara barangan yang disita. (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 25 Oct 2018 11:46AM Dikemas Kini : 25 Oct 2018 11:51AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 43 tahun dan wanita 34 tahun, sudah diberkas kerana disyaki terlibat dalam pembelian palsu di wadah online.

Hasil pembelian mereka bernilai lebih S$37,000, dan dibayar menggunakan kad kredit dan debit yang butirannya dicuri, menurut pihak polis dalam satu kenyataan media pada Khamis (25 Okt).

Menurut polis, pihaknya diberitahu mengenai pembelian online palsu itu pada Khamis lalu (18 Okt). Mereka berjaya mengesan dua suspek di sebuah unit kediaman di Bukit Batok Street 11 dan kedua-dua mereka diberkas pada Isnin (21 Okt).

Telefon bimbit, komputer, beberapa jenama kosmetik, beg tangan, baju dan beberapa kotak yang penuh dengan barangan elektronik turut disita.

Jika sabit kesalahan, suspek-suspek itu boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun dan didenda.

Siasatan polis masih dijalankan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan