Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pasangan dibenarkan pulang ke China sebelum perbicaraan COVID-19 disambung dengan syarat

Seorang hakim pada Jumaat (9 Okt) membenarkan pasangan warga China yang sedang dibicarakan kerana tidak mendedahkan maklumat kepada para pegawai kesihatan dan menghalang pengesanan kontak COVID-19, untuk kembali ke China sebelum tahap perbicaraan seterusnya pada Januari.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasangan dibenarkan pulang ke China sebelum perbicaraan COVID-19 disambung dengan syarat

Warga China Shi Sha (kiri) dan suaminya Hu Jun dibicara atas dakwaan di bawah Akta Penyakit Berjangkit (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 09 Oct 2020 03:18PM Dikemas Kini : 09 Oct 2020 03:21PM

SINGAPURA: Seorang hakim pada Jumaat (9 Okt) membenarkan pasangan warga China yang sedang dibicarakan kerana tidak mendedahkan maklumat kepada para pegawai kesihatan dan menghalang pengesanan kontak COVID-19, untuk kembali ke China sebelum tahap perbicaraan seterusnya pada Januari.

Kedua-dua pihak membentangkan hujah menyokong dan mencabar keputusan itu, dengan pihak pembelaan meminta agar anak guamnya dibenarkan pulang kerana mereka telah lama berjauhan dari tempat tinggal mereka dan atas sebab perniagaan, manakala pihak pendakwa membantah langkah itu kerana berkata mereka mungkin melarikan diri.

Hakim Daerah Ng Peng Hong berkata beliau mempertimbangkan apa yang dibentangkan dan mengizinkan permohonan Hu Jun, 39, dan isterinya Shi Sha, 37 untuk meninggalkan Singapura, tetapi dengan syarat-syarat tertentu.

Beliau meningkatkan nilai ikat jamin sebanyak S$80,000 setiap seorang dan mengarahkan mereka menyediakan jadual perjalanan kepada pegawai siasatan sebelum mereka berangkat.

Mereka mesti memberikan maklumat mengenai tempat tinggal mereka, berserta nombor telefon mereka, dan mesti kekal dapat dihubungi. Mereka juga mesti menyerahkan pasport mereka selewat-lewatnya pada 22 Januari 2021.

Pihak pendakwaan telah menyelesaikan kesnya pada Ogos tahun ini. Hu dan Shi dituduh menghalang usaha pengesanan kontak oleh pihak berkuasa kesihatan dengan tidak mendedahkan maklumat tempat mereka berada.

Sekiranya disabit kesalahan, pasangan suami isteri itu boleh dipenjara sehingga enam bulan, didenda tidak lebih S$10,000 atau kedua-duanya, bagi setiap dakwaan.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan