Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pasangan China disabit kesalahan halang pengesanan kontak COVID-19 di S'pura

Selepas perbicaraan yang menjangkau lebih setahun, seorang lelaki dari Wuhan dan isterinya didapati bersalah kerana merahsiakan maklumat daripada para pegawai pengesanan kontak COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasangan China disabit kesalahan halang pengesanan kontak COVID-19 di S'pura

Hu Jun dan isterinya Shi Sha di luar mahkamah. (Gambar: Hanidah Amin, Marcus Mark Ramos)

Diterbitkan : 26 Oct 2021 04:04PM Dikemas Kini : 26 Oct 2021 04:07PM

SINGAPURA: Selepas perbicaraan yang menjangkau lebih setahun, seorang lelaki dari Wuhan dan isterinya didapati bersalah kerana merahsiakan maklumat daripada para pegawai pengesanan kontak COVID-19.

Warga China, Hu Jun, 40 tahun, didapati bersalah atas satu tuduhan di bawah Akta Penyakit Berjangkit kerana sengaja menyembunyikan maklumat daripada para pegawai pengesanan kontak mengenai keberadaan dan kegiatannya.

Isterinya, Shi Sha, 36 tahun didapati bersalah atas empat tuduhan merahsiakan maklumat, memberikan keterangan palsu dan gagal menjawab sepenuhnya dan secara jujur kepada seorang pegawai kesihatan.

Hu melakukan perjalanan ke Singapura dari Wuhan di China, yang menjadi tapak penularan COVID-19, untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarganya di sini pada Januari 2020.

Dia diuji positif COVID-19 sembilan hari selepas dia tiba di sini dan tidak memaklumkan pegawai kesihatan bahawa dia sebelum itu turut melakukan lawatan ke beberapa tempat lain sewaktu berjangkit. Ini termasuk beberapa hotel, sebuah restoran dan Kedutaan China.

Hu berkata dia tidak mendedahkan sesetengah maklumat kepada para pegawai kesihatan kerana dia sama ada tidak tahu bahawa mereka mahukan maklumat tersebut, tidak ingat nama tempat-tempat yang dikunjungi atau tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk menjawab.

Pada 29 Januari 2020, Hu pergi ke Hospital Besar Singapura (SGH) bersama isterinya selepas berasa pening, seram sejuk dan mula batuk.

"Hingga ke hari ini saya masih tidak pasti sama ada saya adalah kes (COVID-19) yang disahkan," katanya sambil mendakwa tiada seorang pun yang memaklumkan demikian kepadanya sewaktu berad di hospital.

Isteri Hu, Shi pula berkata bahawa dia mendapati sukar untuk berkomunikasi dengan pegawai pengesanan kontak, sambil mendakwa dia hampir boleh mengesahkan bahawa bahasa Mandarin bukan bahasa ibunda pegawai wanita itu.

Perbualannya dengan pegawai wanita itu ibarat ayam dengan itik, katanya.

Shi dan Hu berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan, denda maksimum S$10,000 atau kedua-duanya sekali bagi setiap tuduhan di bawah Akta Penyakit Berjangkit.

Sumber : CNA/SM/sm

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa