Skip to main content

Singapura

Pasangan beli rumah kedua diberi lebih masa untuk dapatkan pelepasan ABSD

Pasangan warga Singapura sudah berkahwin yang membeli atau merancang membeli rumah kedua dalam beberapa minggu akan datang kini mempunyai lebih masa untuk menjual hartanah pertama mereka dan mendapatkan kembali Cukai Setem Pembeli Tambahan (ABSD).

Anggaran Waktu Membaca:
Pasangan beli rumah kedua diberi lebih masa untuk dapatkan pelepasan ABSD

(Gambar fail: Reuters/Kevin Lam)

Diterbitkan : 06 May 2020 11:44PM Dikemas Kini : 06 May 2020 11:47PM

SINGAPURA: Pasangan warga Singapura sudah berkahwin yang membeli atau merancang membeli rumah kedua dalam beberapa minggu akan datang kini mempunyai lebih masa untuk menjual hartanah pertama mereka dan mendapatkan kembali Cukai Setem Pembeli Tambahan (ABSD).

Ini adalah sebahagian daripada langkah bantuan sementara Pemerintah bagi sektor hartanah untuk individu yang terjejas oleh pandemik COVID-19.

Di bawah rejim ABSD sekarang, pasangan rakyat Singapura yang sudah berkahwin yang ingin membeli hartanah kediaman kedua perlu menjual rumah pertama mereka dalam masa enam bulan setelah tarikh pembelian jika hartanah kedua adalah sebuah unit yang sudah siap, untuk layak bagi pelepasan ABSD.

Jika hartanah kedua belum siap ketika waktu pembelian, pasangan itu mempunyai enam bulan untuk berbuat demikian, selepas tarikh Permit Penginapan Sementara (TOP) atau Sijil Penyempurnaan Berkanun (CSC), bergantung kepada mana satu yang lebih awal.

Di bawah langkah bantuan sementara, garis masa penjualan untuk pelepasan ABSD yang dibayar bagi rumah kedua pasangan rakyat Singapura yang sudah berkahwin akan dilanjutkan enam bulan lagi, menurut Kementerian Pembangunan Negara dalam satu kenyataan media pada Rabu (6 Mei) bersama Kementerian Kewangan, Undang-Undang serta Perdagangan dan Perusahaan.

Untuk layak bagi tempoh lanjutan enam bulan, hartanah kediaman kedua pasangan itu mesti dibeli bersama-sama pada atau sebelum 1 Jun, 2020.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita