Skip to main content

Singapura

Pasangan bapa & anak ini dalam pertengahan ekspidisi untuk menjadi warga SG termuda ke kem Everest

Anggaran Waktu Membaca:
Pasangan bapa & anak ini dalam pertengahan ekspidisi untuk menjadi warga SG termuda ke kem Everest

(Gambar: Instagram/abyan.ikriz)

SINGAPURA: Impian pasangan bapa, Zikri Ali dan anaknya, Abyan Imtiaz Irkriz untuk menjadi warga tempatan paling muda menjejaki Kem Pangkalan Gunung Everest semakin menjadi nyata.

Mereka memulakan pendakian mereka sebaik tiba di Lukla, Nepal dari Kathmandu pada Isnin lalu (22 April).

Pada hari pertama, kedua-dua anak beranak tersebut berjaya mendaki sejauh lapan kilometer ke perkampungan Phakding meskipun keletihan.

Menurut catatan yang dimuat naik di Instagram, mereka tiba di Namche Bazaar lebih awal daripada yang dijadualkan.

Walaupun menghadapi keadaan yang berdebu, kemesraan yang ditunjukkan para pendaki lain dan penduduk tempatan menjadikan pengalaman itu sesuatu yang tidak dapat dilupakan.

Menurut Encik Zikri, ramai yang berhenti untuk bergambar bersama kerana mereka jarang melihat pendaki semuda Abyan.

Malah, sebilangan penduduk memberi cenderahati kepada Abyan sebagai tanda kenangan.
Related article image
(Gambar: Instagram/abyan.ikriz)

SESUAIKAN DIRI DENGAN CUACA

Pada hari ketiga, Encik Zikri dan Abyan mendaki selama tiga jam ke Hotel Everest View untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di tempat tinggi.

Aklimatisasi penting apabila melakukan pendakian altitud tinggi kerana ia membolehkan badan menyesuaikan diri dengan tahap oksigen yang berkurangan, mengurangkan risiko penyakit ketinggian dan memastikan pendakian yang lebih selamat.

Mereka tiba di Tengboche, Nepal yang terletak di ketinggian 3860 meter pada Jumaat (26 April).

Related article image
(Gambar: Instagram/abyan.ikriz)
MENGIKUT JADUAL DAN DALAM KEADAAN SIHAT

Apabila dihubungi BERITA Mediacorp, Encik Zikri berkata mereka dalam keadaan baik.

"Alhamdulillah. Setakat ini semuanya baik. Semuanya mengikuti jadual," kongsi Encik Zikri.

Mereka akan teruskan pendakian ke pangkalan yang seterusnya di Pangboche.

Mereka menyasarkan untuk tiba di Kem Pangkalan Everest pada 1 Mei.
Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita