Skip to main content

Singapura

Pas lawatan mantan presiden Sri Lanka ke S'pura dilanjutkan selama 14 hari

Anggaran Waktu Membaca:
Pas lawatan mantan presiden Sri Lanka ke S'pura dilanjutkan selama 14 hari

Gambar: AFP/Ishara S. Kodikara

SINGAPURA: Mantan Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa dapat melanjutkan Pas Lawatan Jangka Pendek (STVP) beliau selama 14 hari. Mediacorp difahamkan bahawa ini bermakna beliau boleh terus berada di Singapura hingga 1 Ogos.

Encik Rajapaksa, yang disingkirkan daripada jawatannya setelah dipersalahkan atas kelumpuhan ekonomi Sri Lanka, melarikan diri ke Maldives sebelum tiba di SIngapura pada 14 Julai lalu.
Mediacorp difahamkan beliau pada awalnya diberikan STVP selama 14 hari.

Seorang jurucakap Kabinet Sri Lanka pada Selasa (26 Jul) berkata bahawa beliau yakin Encik Rajapaksa "akhirnya mungkin akan mempertimbangkan untuk kembali" ke tanah airnya, namun tarikh kepulangan beliau itu masih tidak diketahui.

Jurucakap itu menambah bahawa Encik Rajapaksa tidak bersembunyi dan akan diberi layanan mengikut statusnya selaku mantan presiden sekembalinya beliau ke Sri Lanka.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita