Skip to main content

Singapura

Parti Reform dedah Manifesto Mesra Alam

Parti Reform (RP) mendedahkan satu Manifesto Mesra Alam yang memberi tumpuan kepada keprihatinan mengenai alam sekitar di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 Jul 2020 09:22PM Dikemas Kini : 01 Jul 2020 09:36PM

SINGAPURA: Parti Reform (RP) mendedahkan satu Manifesto Mesra Alam yang memberi tumpuan kepada keprihatinan mengenai alam sekitar di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Ia menyeru agar undang-undang yang ada diubah agar masalah perubahan iklim dapat ditangani dengan lebih baik.

Pagi tadi (1 Jul) para anggota RP yang bertanding di GRC Ang Mo Kio berada di Pasar Chong Boon dan membahagi-bahagikan risalah parti kepada para penduduk.

Sebahagian besar anggota pasukan RP bagi GRC Ang Mo Kio ini pernah bertanding di GRC West Coast lima tahun lalu.

Mereka berpendapat apa yang dihadapi para penduduk Ang Mo Kio tidak begitu berbeza daripada yang dialami rakyat Singapura yang lainnya. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/MU/NH/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita