Skip to main content

Singapura

Parti Pekerja akan bentuk panel disiplin mengenai Pritam Singh susuli sabitan berbohong kepada COP

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Jan 2026 12:59PM Dikemas Kini : 11 Jan 2026 06:27PM

SINGAPURA: Badan pembuat keputusan tertinggi bagi Parti Pekerja (WP) mengarahkan agar panel disiplin dibentuk untuk menentukan sama ada ketua parti Pritam Singh melanggar perlembagaan WP, menyusuli sabitan mahkamahnya baru-baru ini kerana berbohong kepada Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP).

Dalam kenyataan medianya pada Sabtu (3 Jan), WP menyatakan jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC) bermesyuarat pada 2 Januari untuk membincangkan perkara-perkara yang timbul daripada sabitan Encik Pritam selepas Mahkamah Tinggi menolak rayuannya terhadapnya pada 4 Disember.

Kader parti juga meminta agar persidangan khas diadakan mengenai perkara itu.

“CEC membuat kesimpulan bahawa adalah wajar untuk memanggil CMC  (Persidangan Ahli Kader) Khas selepas panel disiplin menyelesaikan tugasnya, dengan mengambil kira keperluan untuk proses yang sewajarnya,” kata WP.

“Bagi mengelakkan kelengahan, CEC menetapkan garis masa bahawa proses disiplin akan diselesaikan dalam tempoh tiga bulan. Notis CMC Khas akan dikeluarkan dalam tempoh dua minggu selepas proses disiplin tamat.”

Mediacorp sebelum ini melaporkan bahawa lebih 20 kader menandatangani surat yang meminta sidang khas itu diadakan pada Februari.

Encik Pritam Singh kecewa dengan rayuannya yang ditolak, namun menghormati sepenuhnya keputusan mahkamah atas sabitan berbohong kepada COP.

Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita